Zulkifeli Mohd. Zin

Pegawai tentera Malaysia

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd. Zin (lahir 14 Jun 1956) ialah mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia yang Ke-18.[1]


Zulkifeli Mohd. Zin

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Pertama
Dalam jawatan
15 Ogos 2016 – 31 Ogos 2018
RajaYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Mahathir Mohamad
Didahului olehDatuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab
Digantikan olehDatuk Engku Hamzah Tuan Mat
Panglima Angkatan Tentera Ke-18
Dalam jawatan
15 Jun 2011 – 16 Disember 2016
RajaYang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim
Didahului olehJeneral Azizan Ariffin
Digantikan olehJeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
Panglima Tentera Darat Ke-23
Dalam jawatan
21 Mei 2010 – 14 Jun 2011
Didahului olehJeneral Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin
Digantikan olehJeneral Zulkifli Zainal Abidin
Butiran peribadi
Lahir (1956-06-14) 14 Jun 1956 (umur 67)
Pasir Mas, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
PasanganPuan Sri Umi Kalsom Wan Awang
Alma materMaktab Sultan Ismail
Akademi Tentera Diraja Sandhurst
PekerjaanPegawai kanan tentera
Anugerah awam Panglima Mangku Negara (PMN)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1974–2016
Pangkat Jeneral
Perkhidmatan
Military awards Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) (Knight Grand Commander)
MisiMisi IMT - Mindanao

Latar Belakang Pendidikan sunting

Mendapat pendidikan menengah di institusi tertua dan tersohor di Kelantan iaitu Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) Kota Bharu dan mempunyai kelayakan akademik Sarjana Sains dalam Pertahanan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Menamatkan latihan kadet tentera di Akademi Tentera Sandhurst England pada 1974 dan telah mendapat pangkat Leftenan Muda di Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau menjadi ketua Platun pada 9 Ogos 1974.

Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran di Kolej Staf Angkatan Tentera dan Kolej Pertahanan Angkatan Tentera.

Kerjaya sunting

Sepanjang kerjayanya di dalam ketenteraan, beliau telah memikul pelbagai tanggungjawab dari Ketua Platoon kepada Pegawai Pemerintah.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai staf di Markas Tentera Darat dan pusat latihan. Ini termasuk menjadi Ketua Staf di Markas Tentera darat dan juga trick trainer di pusat latihan tentera darat Johor Bahru. Diantara tahun 1999 dan 2000, beliau telah menjadi pengarah Infantry di Markas Tentera Darat.

Semasa memakai pangkat Kolonel, beliau pernah bertugas sebagai Komandan Pusat Latihan Tentera Darat dan Kolonel Bekalan di Markas Tentera Darat.

Beliau juga telah dinaikkan pangkat kepada Brigadier Jeneral pada tahun 2002 dan telah memegang jawatan sebagai Penolong Komander Pasukan Simpanan Tentera Darat Wataniah. Beliau juga telah menjadi pegawai kepada Brigad Infantri ke 8 di Kelantan pada tahun 2003 ke 2004. Beliau seterusnya telah diberi kepercayaan yang tinggi oleh pihak pemerintah Angkatan Tentera untuk mengetuai International Monitering Team Mission'- di Mindanao sebagai Komander pasukan pemantau pada 9 Oktober 2004 hingga 31 Ogos 2005.

Selepas itu beliau telah menjadi Panglima Divisyen Infantri dari 17 Oktober 2005 hingga 31 Januari 2007. Beliau juga merupakan seorang Panglima Medan pada 2 Januari 2007 hingga 1 Jun 2008.

Sebagai seorang ketua yang berdedikasi, beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2 Jun 2008. Bertugas sehingga 20 Mei 2010 dimana beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat.

Pada 15 Jun 2011, beliau telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baru.[2]

Beliau bersara pada 16 Disember 2016.[3][4]

Penghargaan sunting

Sebagai penghargaan di Mindanao, beliau telah menerima anugerah kebesaran dari Filipina.

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dari pelbagai negara.

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin denga Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Panglima Angkatan Tentera Malaysia" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Nizam, Yatim (14 June 2011). "Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin dilantik secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  3. ^ Sidek, Mohd Hasbi (21 June 2016). "Panglima ATM baru 16 Disember ini". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 22 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Panglima ATM baru 16 Disember ini". Berita Harian Metro (dalam bahasa Malay). 21 June 2016. Dicapai pada 22 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting