Darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan

rencana senarai Wikimedia

Darjah Kebesaran Negeri Sembilan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing.

SenaraiSunting

Berikut merupakan senarai darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan:

Kumpulan I : Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Mulia

Kumpulan II : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati

  • Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S.) - Dato’ Seri Utama
  • Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (S.S.N.S.) - Dato’ Seri
  • Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato’
  • Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) - Dato'
  • Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.)
  • Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)

Kumpulan III : Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz

  • Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz (S.S.T.M.) - Dato’ Seri
  • Darjah Setia Tuanku Muhriz (D.S.T.M.) - Dato’
  • Darjah Tuanku Muhriz (D.T.M.)
  • Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (S.T.M.)
  • Pingat Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M.)

Kumpulan IV : Darjah Pekerti Terpilih

  • Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.)

Kumpulan V : Pingat dan Bintang bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji

  • Jaksa Pendamai (J.P.)
  • Pingat Keberanian Cemerlang (P.K.C.)
  • Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  • Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)

Darjah kebesaran yang telah dihentikanSunting

Kumpulan : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati

Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (1979-2008) (S.P.N.S) - Dato’ Seri Utama - Digantikan dengan S.U.N.S

Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (1979-2010) (D.S.N.S) - Dato’ - Digantikan dengan D.P.N.S

Kumpulan : Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar - digantikan dengan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz

Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (1984-2010) (S.P.T.J.) - Dato’ Seri

Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (1989-2010) (D.P.T.J.) - Dato’

Kumpulan : Pingat-pingat dan Pingat bermusim

  • Pingat Pekerti Terpilih (1950-2010) (P.P.T.) - Digantikan dan dinilai tambah menjadi D.P.T
  • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz 2009
  • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia DYMM Tuanku Ja'afar 1994
  • Pingat Jubli Perak 1992
  • Pingat Pertahanan 1972
  • Pingat Pertabalan 1971
  • Pingat Pertabalan 1961