Idrus Harun

Peguam Malaysia

Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Azizan @ Harun (Jawi: إدروس بن عزيزان @ هارون; lahir 2 Februari 1955) ialah seorang peguam dan Peguam Negara Malaysia ke-11. Beliau dilantik sebagai peguam negara itu pada 6 Mac 2020 selepas Langkah Sheraton. [1]


Idrus Harun

PMN, PSM, PJN; SSAP, SIMP (Pahang); SPMT, DPMT (Terengganu); DSDK (Kedah)
إدروس هارون
Peguam Negara Malaysia
Dalam jawatan
6 Mac 2020 – 6 September 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020–2021)
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022)
Dato Seri Anwar Ibrahim (2022–2023)
Didahului olehTan Sri Tommy Thomas
Digantikan olehDatuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh
Hakim Mahkamah Persekutuan
Dalam jawatan
28 November 2018 – 6 Mac 2020
Raja Kelantan Sultan Muhammad V (2016–2019)
Pahang Al-Sultan Abdullah (2019–kini)
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018–2020)
Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020–2021)
Dalam jawatan
12 September 2014 – 26 November 2018
Raja Kedah Almarhum Sultan Abdul Halim (2011–2016)
Kelantan Sultan Muhammad V (2016–2019)
Perdana Menteri Najib Razak (2009–2018)
Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018–2020)
Hakim Mahkamah Rayuan
Butiran peribadi
Lahir (1955-02-02) 2 Februari 1955 (umur 69)
Sanglang, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Zaiton binti Noor M. Hashim
SaudaraTan Sri Azhar Azizan Harun (adik)
PendidikanSMK Ayer Hitam
Kolej Sultan Abdul Hamid
Alma materUniversiti Malaya
AnugerahSenarai

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Idrus dilahirkan di Kampung Sanglang, Kedah pada 2 Februari 1955. Beliau berkelulusan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dalam Kepujian di Universiti Malaya pada tahun 1980.[2]

Kerjaya sunting

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1980, Idrus memulakan kerjaya beliau sebagai pegawai undang-undang. Beliau pernah menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihan Raya.[3]

Pada 2014, Idrus telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga 2018 apabila pelantikan beliau sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018. Pada 6 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia bagi tempoh dua tahun sehingga 2022. Pelantikan ini berikutan kekosongan jawatan yang ditinggalkan pendahulunya, Tommy Thomas.[3] Apabila kontrak berakhir pada tahun 2022, Idrus dilantik semula bagi tempoh setahun sehingga Mac 2023.

Pada 3 Mac 2023, Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan di dalam facebook miliknya, bahawa Idrus dilantik semula selama 6 bulan. [4][5]

Kehidupan peribadi sunting

Idrus berasal dari keluarga besar sembilan adik beradik, yang dibesarkan di kawasan pedalaman Kedah, di Kampung Sanglang, Ayer Hitam. Bapa beliau ialah seorang ketua kampung manakala ibu beliau ialah seorang suri rumah.[6] Idrus juga merupakan abang kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-10, Azhar Harun.[1] Rakan-rakan yang mengenali Idrus menggambarkan beliau sebagai "budak kampung" kerana mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Melayu.[6]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Illah Hafiz Aziz (6 Mac 2020). "Idrus Harun Peguam Negara baharu ganti Tommy Thomas". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  2. ^ Norlaile Abd Rahman (6 Mac 2020). "Idrus Harun dilantik Peguam Negara". MalaysiaGazette. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  3. ^ a b Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (6 Mac 2020). "Idrus Harun dilantik Peguam Negara ganti Tommy Thomas". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  4. ^ Rafidah Mat Ruzki (3 Mac 2023). "Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2023.
  5. ^ Maisarah Sheikh Rahim (3 Mac 2023). "Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2023.
  6. ^ a b "Idris Harun is new AG". Free Malaysia Today. 6 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-07. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  7. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-10-25. Dicapai pada 2020-03-06.
  8. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2014" (PDF).[pautan mati kekal]
  9. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1997" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-11. Dicapai pada 2020-03-06.
  10. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-10-25. Dicapai pada 2020-03-06.
  11. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2013" (PDF).[pautan mati kekal]