Ahmad Terrirudin Mohd Salleh

Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh ialah seorang peguam dan penjawat awam di Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 6 September 2023. Beliau menggantikan penyandangnya yang tamat kontrak, Tan Sri Idrus Harun. [1][2]


Ahmad Terrirudin Mohd Salleh

PJN; DSDK (Kedah); DSPN (Penang)
Peguam Negara
Memegang jawatan
6 September 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim (2022–kini)
Didahului olehTan Sri Idrus Harun
Peguam Cara Negara
Dalam jawatan
25 Mac 2022 – 5 September 2023
Didahului olehAbdul Razak Musa
Digantikan olehAlmalena Sharmila
Butiran peribadi
LahirAhmad Terrirudin bin Mohd Salleh
(1968-04-12) 12 April 1968 (umur 56)
Alor Setar, Kedah
PasanganZarina Idris
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanPeguam, penjawat awam

Latar belakang sunting

Ahmad Terrirudin dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 April 1968. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pada 1992.

Beliau berkahwin dengan Datin Zarina Idris dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.[3]

Kerjaya sunting

Ahmad Terrirudin memulakan perkhidmatannya sebagai pegawai undang-undang (kehakiman) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 2019. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian Guaman III, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara pada 2017.[3]

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 2008 dan 2007, dan pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2007. Beliau juga pernah menjadi pegawai khas kepada Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pada 2003.[3]

Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 September 2023, Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada Mac 2022. Pelantikan beliau sebagai Peguam Negara telah mengembalikan kedudukan lantikan jawatan itu dalam kalangan pegawai Jabatan Peguam Negara, selepas kali terakhir jawatan tersebut dilantik dalam kalangan pegawai kanan agensi itu adalah Abdul Gani Patail yang memegang jawatan tertinggi itu dari 2002 hingga 2015.[4]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara tepat - Azalina". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-04.
  2. ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2023-09-01). "Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara baharu". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-09-04.
  3. ^ a b c "Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara". BERNAMA. Dicapai pada 9 September 2023.
  4. ^ "Ahmad Terrirudin mulakan tugas rasmi sebagai Peguam Negara". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-09.