Sekolah Kebangsaan Kawakaan


Sekolah Kebangsaan Kawakaan atau nama ringkasnya SK Kawakaan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pej. Pel. Gabungan Keningau Peti Surat 4.

Sekolah Kebangsaan Kawakaan
Lokasi
 Malaysia Pej. Pel. Gabungan Keningau Peti Surat 4, 89007, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0138518636
Kod sekolahXBA1012
FaksTIADA
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kawakaan memiliki 82 pelajar lelaki dan 85 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 167 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah sunting

Asal usul nama Kawakaan adalah dari sejeni bunga rotan yang terdapat dihutan disini suatu ketika dulu. Sekolah kebangsaan Kawakaan terletak kira-kira 60 kilometer dari Bandar Keningau dan 191 kilometer dari ibu kota, negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sabah. Pusat rujukan adalah di Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. Mengikut kategori zon, sekolah ini terkandung dalam Zon Sook.

Jumlah kakitangan mengajar di sekolah ini pada 2015 adalah seramai 9 guru lelaki, 6 guru perempuan. Kakitangan bukan mengajar seramai 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan. Pekerja Am seramai 8 orang. Bagi jumlah murid termasuk pra sekolah adalah seramai 164 orang murid.

Pada masa kini Sekolah Kebangsaan Kawakaan mempunyai tiga blok bangunan kelas, satu bangunan pra sekolah, enam buah rumah guru, satu blok tandas untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid hasil sumbangan kerajaan. Persatuan PIBG telah memberikan sumbangan sejak tahun 1982 sekurang-kurangnya lima buah rumah guru, satu makmal sains, dua kelas pembelajaran, dua bilik pentadbiran, satu dewan terbuka, serta astaka, stor sukan, stor SPBT, bangunan RMT, kantin sekolah, pondok istirahat, surau dan bilik agama.

Pola penempatan di kawasaan ini adalah secara berkelompok dan terdapat sekurang-kurangnya lima buah kampung di sekitar sekolah iaitu Kg. Kawakaahan, Kg. Kabuan, Kg. Maatol, Kg. Sasagahan, Kg. Mosorui dan Kg. Mantanid. Pekerjaan utama penduduk di sini adalah petani dan secara majoritinya berbangsa Dusun.

Pencapaian sunting

- New Deals 2013

- Tempat Pertama Gred Purata Sekolah Terbaik UPSR 2015, Sekolah Rendah Luar Bandar (Calon 20 - 49 Orang )

- Dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), 2016

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kawakaan
Pej. Pel. Gabungan Keningau Peti Surat 4
89007, Keningau
Sabah, Malaysia
Telefon = 0138518636
Fax = TIADA

Pautan luar sunting