Stesen kereta api Melalap

(Dilencongkan dari Stesen Kereta Api Melalap)

Stesen Kereta Api Melalap merupakan bekas stesen kereta api Laluan Keretapi Barat Sabah yang terletak di Melalap, Sabah.

Stesen Kereta Api Melalap
Stesen Kereta Api Melalap yang ditinggalkan
LokasiMelalap, Sabah
Malaysia
Koordinat5°14′31″N 115°59′55″E / 5.24194°N 115.99861°E / 5.24194; 115.99861Koordinat: 5°14′31″N 115°59′55″E / 5.24194°N 115.99861°E / 5.24194; 115.99861
Dimiliki olehJabatan Kereta Api Negeri Sabah (kini)
Dikendalikan olehPerkhidmatan Kereta Api Borneo Utara
LaluanLaluan Kereta Api Borneo Utara
(kini, Laluan Kereta Api Barat Sabah)
Pembinaan
Templat letak kenderaanNo
Kemudahan basikalNo
Sejarah
Dibuka01 Ogos 1914 (1914-08-01)
Ditutups. 1970 atau 1971
Lokasi
Map

Sejarah sunting

Pada tahun 1900-an, seperti kebanyakan kawasan di Bahagian Pantai Barat, Sabah; sebahagian besar kawasan di Melalap telah ditanam dengan pokok getah.[1] Sebuah lalu kereta api ke Melalap kemudiannya telah dibina oleh seorang jurutera Inggeris, Arthur J. West menggunakan buruh asing dari China yang terdiri daripada masyarakat Hakka dan Kantonis.[2][3] Laluan kereta api tersebut siap pada tahun 1906 untuk mengangkut barang dan juga membawa orang ke bandar-bandar besar.[4] Laluan tersebut telah dibuka pada 1 Ogos 1914.[4] Namun begitu, disebabkan oleh perubahan ekonomi di sekitar Melalap, laluan kereta api tersebut telah ditutup dan perkhimatannya telah ditamatkan pada tahun 1970-1971.[5] Stesen kereta api ini akhirnya ditutupi dengan semak akibat tidak dilakukan apa-apa melainkan beberapa percubaan menyelamatkannya namun gagal kerana kekurangan peruntukan dan sokongan.[1]

Pemuliharaan sunting

Pada tahun 2016, hasil usaha seorang sukarelawan, Richard Ker yang juga merupakan pengasas Persatuan Sejarah Borneo Utara, kawasan stesen tersebut telah dibersihkan dan dibaiki serta pelancaran kempen #SaveMelalapStation (#SelamatkanStesenMelalap) sebagai sebahagian usaha kumpulan tersebutan untuk melindungi kesemua struktur sejarah di Sabah.[6] Ia turut dibiayai oleh syarikat-syarikat besar dan lain-lain parti yang turut menyumbangkan untuk pengumpulan data bagi menyelamatkan stesen ini.[7] Pada 9 Mac 2017, stesen ini telah diwartakan sebagai sebahagian daripada tapak sejarah oleh kerajaan Sabah.[4] Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan berkata pada 20 Mac 2017 bahawa bangunan stesen lama juga perlu diperlihara sebagai Warisan Negara.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Richard Ker (22 Mac 2016). "Melalap Station Restoration and Conservation Project #SaveMelalapStation". North Borneo Historical Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  2. ^ Danny Wong Tze Ken (1999). "Chinese Migration to Sabah Before the Second World War". Persée. m/s. 131–158. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  3. ^ Rob Dickinson. "The North Borneo Railway Project". The International Steam Pages. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2013. Dicapai pada 7 Mei 2017.
  4. ^ a b c Jenne Lajiun (10 Mac 2017). "Sabah's first railway station proposed as historical heritage site". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  5. ^ Dr. Johnstone; A. J. West (Officers of the Company) (3 Februari 1898). "North Borneo Chartered Company: North Borneo Railway; The first train in North Borneo". British North Borneo Chartered Company: Views of British North Borneo, Printed by W. Brown & co., limited, London, 1899. Malayan Railways. Dicapai pada 7 Mei 2017.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Stephanie Lee (6 July 2016). "Old rail station to be saved". The Star. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  7. ^ "NGO makes saving colonial station first main task". Daily Express. 10 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  8. ^ "Melalap railway station building to be preserved as National Heritage – Pairin". The Borneo Post. 22 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2017. Dicapai pada 6 Mei 2017.

Pautan luar sunting