Pilihan raya umum Malaysia 1999

pilihan raya di Malaysia


Pilihan raya umum Malaysia 1999 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-10 di Malaysia diadakan pada 29 November 1999. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan Malaysia.


← 1995 29 November 1999 (1999-11-29) 2004 →

Semua 193 kerusi dalam Dewan Rakyat
97 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar9,546,303
Pengundi hadir71.19%
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Mahathir Mohamad Fadzil Noor Joseph Pairin Kitingan
Parti UMNO PAS Parti Bersatu Sabah
Gabungan BN BA  –
Kerusi pemimpin Kubang Pasu Pendang Keningau
Pilihan raya
lepas
162 kerusi, 65.16% 16 kerusi 3.33%, 8 kerusi
Kerusi yang
dimenangi
148 42 3
Perubahan kerusi 14 26 5
Undian popular 3,763,003 2,681,460 143,338
Peratusan 56.52% 40.28% 2.15%
Peralihan undi 8.64% 10.75% 1.18%

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Perdana Menteri dilantik

Mahathir Mohamad
Barisan Nasional

Gambaran keseluruhan sunting

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan Barisan Alternatif (BA), parti campuran ini terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan.

Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan orang-orang Melayu, pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu.

Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara parti-parti komponen BA, khususnya antara PAS dan DAP, telah mengakibatkan pertikaian-pertikaian dalam Barisan Alternatif yang mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang ini. Oleh sebab PAS merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah negara Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif.

Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi pengulangan keputusan dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk kerajaan dan parti-parti pembangkang kekal merupakan parti pembangkang.

Keputusan pilihan raya sunting

6,631,094 daripada 9,564,071 pengundi berdaftar mengundi dalam pilihan raya ini yang melihat BN dikembalikan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Walaupun jumlah kerusi parlimennya sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995, pencapaian BN masih jauh lebih tinggi berbanding 129 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh satu majoriti dua pertiga. Selain itu, BN juga memenangi semua pilihan raya negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu.

PAS mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, parti ini juga mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda. Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah hampir tiga kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya ini. Berdasarkan keputusan ini, PAS mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang dipegang oleh Lim Kit Siang daripada parti DAP.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 tidak begitu baik untuk parti DAP. Walaupun parti ini berjaya untuk mendapat lagi satu kerusi berbanding sembilan kerusi pada tahun 1995, iaitu satu kenaikan 11%, kedua-dua ahli kuatnya, iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh ditewaskan. Perikatan DAP dengan PAS jelas telah menjejaskan parti ini sehingga mengalami kehilangan sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.

Kemenangan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi negeri merupakan satu permulaan yang baik untuk Parti Keadilan, akan tetapi semua pemimpinnya telah ditewaskan dalam pilihan raya ini, kecuali Dr. Wan Azizah. Ini merupakan satu tanda yang amat buruk untuk parti ini. Jika Parti Keadilan telah bertanding secara berasingan tanpa perikatan dengan PAS dalam BA, keputusannya mungkin akan amat teruk. Walau pun Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan yang ketara sebagai ikon dalam perjuangan parti ini, adalah tidak mungkin bahawa Parti Keadilan akan dapat merupakan parti alternatif untuk undi-undi Melayu.

Pilihan raya 1999 telah menunjukkan bahawa BN tidak boleh beranggapan bahawa partinya akan selalu menang. Sokongan Melayu untuk UMNO tidak terjamin, dan kejayaannya dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh undi-undi pengundi bukan Melayu serta sokongan yang kuat daripada negeri Sabah dan Sarawak.

Pilihan raya 1999 juga menunjukkan kemunculan PAS sebagai sebuah parti yang boleh mengumpulkan undi-undi Melayu. Bagaimanapun, sedangkan Islam jelas mempunyai daya tarikan yang kuat untuk orang ramai di kawasan tengah Melayu, sokongan PAS untuk sebuah rejim teokratik masih tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk bukan Melayu serta banyak orang Melayu moden. Oleh itu, sehingga PAS mengamalkan pendirian sekular, parti ini tidak boleh berharap untuk menjadi sebuah parti politik negara yang alternatif.

Majoriti BN yang amat dikurangkan serta pencapaian parti-parti pembangkang mungkin disebabkan oleh kesedaran yang lebih tinggi di kalangan pengundi terhadap keterlaluan BN, seperti dalam pelaksanaan projek-projek awam secara besar-besaran dan caranya dalam memperlakukan kes Anwar. Ini menimbulkan soalan adakah keputusan pilihan raya ini merupakan satu pertunjukan bantahan terhadap kerajaan BN, berbanding suatu percubaan untuk menggantikannya dengan alternatif yang lain. Bagaimanapun, kemenangan BN pada tahun 1999 merupakan satu sokongan terhadap keutamaan pengundi untuk sebuah kerajaan yang kukuh, iaitu BN, serta untuk kegigihan Dr Mahathir dalam politik Malaysia, termasuk caranya untuk menangani Krisis Kewangan Asia 1997.



Parti Politik Undi % undi Kerusi +/-
Barisan Nasional (BN): 3,748,511 56.53 148 -14
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)     72 -17
   Persatuan Cina Malaysia (MCA)  28 - 2
   Kongres India Malaysia (MIC)   7   0
   Parti Gerakan Rakyat Malaysia   7   0
   Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  10   0
   Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)   7   0
   Parti Nasional Sarawak (SNAP)   4 + 1
   Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS)   6 + 1
   Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)   3 + 3
   Parti Maju Sabah (SAPP)   2   0
   Parti Liberal Demokratik (LDP)   1   0
   Calon bebas   1   0
Barisan Alternatif: 2,667,818 40.21  42 +26
   Parti Islam Se-Malaysia (PAS)   994,279 15.00 27 +20
   Parti Keadilan   773,679 11.67  5 + 5
   Parti Tindakan Demokratik (DAP)   830,870 12.50 10 + 1
Parti Bersatu Sabah (PBS)   143,342  2.16   3 - 5
Jumlah besar 6,631,094 100.0 193 + 1
Kenaikan satu kerusi dalam Dewan Negara disebabkan penciptaan kawasan parlimen Mambong, Sarawak, selepas pilihan raya 1995.
Sumber untuk lajur "kerusi" dan "+/-": Utusan Malaysia 11 Nov 1999


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Bacaan tambahan sunting

  • Chin, James (2000). "A New Balance: The Chinese Vote in the 1999 Malaysian General Election" (Keimbangan Baru: Undi Cina dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999). Penyelidikan Asia Tenggara 8 (3), 281–299.

Pautan luar sunting


Didahului oleh:
1995
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
2004