Parti Maju Sabah

parti politik di Sabah, Malaysia

Parti Maju Sabah (bahasa Inggeris: Sabah Progressive Party, SAPP) ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September 2008, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.[1] Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional dan keluar pada tahun 2022 atas sebab fahaman politik yang berbeza dengan Perikatan Nasional.[2] Pada 11 Mac 2022, SAPP telah bersetuju dan secara sah menyertai gabungan baru di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS ialah gabungan rasmi hasil persetujuan parti-parti tempatan yang ada di Sabah. Ini termasuklah SAPP itu sendiri, STAR, PBS, PBRS, dan parti lokal yang lain.

Parti Maju Sabah
ڤرتي ماجو سابه
Nama Bahasa InggerisSabah Progressive Party
Nama Bahasa Cina沙巴进步党
SingkatanSAPP
PresidenDatuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Setiausaha agungRichard Yong We Kong
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua PemudaJamain Sarudin
Ketua WanitaChia Miu Lee
PengasasDatuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Diasaskan21 Januari 1994
PecahanParti Bersatu Sabah
Ibu pejabatH 1115, Lorong Kelengkeng 1, Taman Antarabangsa, Likas Park, Jalan Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Sayap beliaGerakan Belia SAPP
Sayap wanitaGerakan Wanita SAPP
Keanggotaan58,700 (Disember 2022)
IdeologiRegionalisme
Penggabungan kebangsaan
Warna     Kuning, Hijau dan Biru
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
1 / 79
Simbol pilihan raya
Laman sesawang
sapp.org.my

Sejarah sunting

Keluar dari Barisan Nasional sunting

Presiden SAPP, Yong Teck Lee mengumumkan pada 18 Jun 2008 bahawa partinya akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 23 Jun agar menggesa beliau meletak jawatan. Parti ini mendakwa kerajaan tidak peka terhadap isu-isu di Sabah ini berkata parti sedang mengambil kesempatan terhadap "peluang keemasan" demi kepentingan Sabah, termasuk autonomi, penyerahan semula Labuan dan royalti minyak kepada Sabah. [3]

Pada 20 Jun 2008, SAPP berjaya meraih sokongan kebanyakan daripada ahli-ahlinya untuk meneruskan usul tidak percaya itu. Dua ahli Parlimen SAPP akan menyokong mana-mana usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dicadangkan atau salah satu dari mereka akan mengemukakan usul tersebut.[4]

Sebagai tindak balas kerana menggesa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap SAPP dan memberi tempoh 30 hari untuk SAPP menjelaskan sebab tindakannya sebelum Barisan Nasional mengambil tindakan terhadapnya.[5]

Pada 11 Julai 2008, kedua-dua ahli Parlimen SAPP ini meluahkan sokongan mereka terhadap usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Abdullah. Sebelum itu, Datuk Yong Teck Lee berkata partinya sedang menangguhkan hasratnya untuk mengemukakan usul tidak percaya atas sebab diancam dan dihasut oleh sesetengah pemimpin kerajaan. [6]

Pada 17 September 2008, SAPP mengumumkan penarikan dirinya dari Barisan Nasional, menjadikannya pengunduran pertama yang terjadi dalam parti campuran itu semenjak pilihan raya Mac lalu. SAPP yang hanya terdiri dari dua ahli Parlimen tidak banyak memberi kesan tetapi ramai yang percaya bahawa peristiwa ini akan mencetuskan pemergian ahli-ahli lain secara beramai-ramai ke pihak pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.[7]

SAPP mempunyai 2 ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri. Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau), manakala Adun pula terdiri daripada Datuk Raymond Tan (Tanjong Papat, Timbalan Ketua Menteri Sabah), Melanie Chia (Luyang, Pembantu Menteri Kewangan negeri), Au Kam Wah (Elopura, Ketua Pemuda SAPP), dan Liew Teck Chan (Likas). Majlis Tertinggi SAPP telah bermesyuarat pada 17 September 2008. Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan kecewa dengan keputusan parti itu[8] dan mengumumkan peninggalannya daripada parti. Ketua Pemuda SAPP, Au Kam Wah, turut bertindak demikian. ADUN yang kekal dalam parti diarahkan supaya meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Sabah.

Parti berhaluan bebas sunting

Pada 13 Julai 2009, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) lebih teliti memproses pendaftaran kelahiran yang lewat bagi mencegah pendatang tanpa izin mendapat kerakyatan mudah. Ini kerana ramai pendatang tanpa izin yang memperoleh sijil kelahiran melalui pengakuan bersumpah atau lebih dikenali sebagai Surat Akuan palsu. Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan kelulusan permohonan kerakyataan, termasuk pendaftaran kelahiran yang lewat terutama di Sabah dan Sarawak. Kebimbangan timbul kerana Populasi di Sabah mencatat peningkatan 328 % (daripada serendah 700,000 pada 1970 kepada hampir tiga juta pada 2005) berbanding Sarawak yang menunjukkan peningkatan sebanyak 130 %.[9]

SAPP meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008. Semenjak itu, banyak parti politik dari Sabah yang menggesa kerajaan persekutuan memberi lebih autonomi kepada negeri berkenaan.

Menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA) sunting

Pada tahun 2016, SAPP sah menyertai Gabungan Sabah Bersatu (USA).

Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sunting

Pada tahun 2018, SAPP sah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Menyertai Perikatan Nasional (PN) sunting

Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional. Walaubagaimanapun, kepemimpinan SAPP mengambil tindakan untuk keluar dari Gabungan Perikatan Nasional pada Disember 2022 bersama STAR selepas dua parti tersebut bercanggah dengan ideologi dan sokongan federal Perikatan Nasional.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sunting

Pada 11 Mac 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejurus gabungan tersebut berjaya didaftarkan dan diluluskan pada tarikh 11 Mac dan Yong Teck Lee menjadi salah satu Timbalan Pengerusi yang sah bagi gabungan berkenaan. Pada Disember 2022, beliau rasmi menjadikan Gabungan Rakyat Sabah sebagai satu gabungan tunggal tanpa menduduki mana-mana gabungan lagi.

Kepimpinan sunting

Majlis Tertinggi 2018-2020 sunting

Jawatan Nama
Presiden Yong Teck Lee
Timbalan Presiden Edward Dagul
Datuk Richard Yong We Kong
Japiril Suhaimin
Setiausaha Agung Datuk Richard Yong We Kong
Bendahari Agung Japiril Suhaimin
Naib Presiden Chong Pit Fah
Datu Shuaib Datu Mutalib
Danim @ Aloysius Siap
Mitah Mikat @ John Charles
Gee Tien Siong
Ketua Wanita/Naib Presiden Chan Kam Ndin @ Irene Chan Kam Lan
Ketua Pemuda/Naib Presiden Jamain Sarudin
Ketua Penerangan Chin Vui Kai
Setiausaha Organisasi Noraizal Mohd Noor
Penolong Setiausaha Organisasi Joe Yong @ Johari Mohd Ali
Ahli Majlis Tertinggi Lim Kat Chung
Alex Soon Kak Foh
Charles Yong Chin Yung
Wong Yu Chin
John Stephen Dionysius
Tahir Dahu
Tai Seng Nam @ Gimmy
Abdul Hamid Mohd Noor
Dr. Brister Mokujal
Dexter Chin Chen Sang
Nelson Marcellus
Yong Yit Jee
Matchin Abdul Salam
Elizabeth Chin Mui Yun
Noraiza Mohammad Noor

Wakil rakyat sunting

Dewan Undangan Negeri sunting

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah - SAPP
Kod DUN Nama Catatan
Lantikan - Yong Teck Lee Dilantik selepas pilihan raya negeri Sabah 2020

Rujukan sunting

  1. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/17/nation/20080917164455&sec=nation
  2. ^ Sinar Harian, (28 Ogos 2020) SAPP diterima menjadi ahli PN
  3. ^ "SAPP to file no-confidence motion against PM, urges him to step down". New Straits Times. New Straits Times. 2008-06-18. Dicapai pada 2008-06-18.
  4. ^ "Rebel party wins support in no-confidence against Malaysian PM". AFP. AFP. 2008-06-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-01. Dicapai pada 2008-06-20.
  5. ^ "SAPP gets show-cause letter". TheStar. TheStar. 2008-06-26. Dicapai pada 2008-06-26.
  6. ^ "SAPP to support no-confidence motion". TheStar. TheStar. 2008-07-11. Dicapai pada 2008-07-11.
  7. ^ "Malaysia party quits coalition; PM cedes key post". Reuters. Yahoo! News. 2008-09-17. Dicapai pada 2008-09-17.
  8. ^ SAPP keluar BN
  9. ^ JPN Perlu Lebih Teliti Proses Pendaftaran Kelahiran Lewat - SAPP

Pautan luar sunting