Teokrasi ialah sejenis kerajaan yang mengiktiraf Tuhan atau dewa sebagai pemerintah teragung. Bagi penganut, teokrasi adalah bentuk kerajaan yang mana suatu kuasa ketuhanan mentadbir negeri insani duniawi, sama ada dalam bentuk jelmaan manusia, atau selalunya, melalui wakil institusi keagamaan (seperti gereja) yang mengambil tempat atau mendominasi kerajaan awam.[1] Kerajaan teokrasi menggubal undang-undang teonomi.

Teokrasi tidak wajar disamakan dengan bentuk-bentuk kerajaan sekular lain yang ada agama rasmi, atau sekadar dipengaruhi konsep teologi atau moral, dan monarki yang diasaskan "Dengan Izin Tuhan".

Teokrasi boleh berbentuk monisme, iaitu hierarki pentadbiran kerajaan seiras dengan hierarki pentadbiran agama, atau juga boleh bertangan dua, tetapi pentadbiran negeri sebagai bawahan hierarki agama.

Sesetengah parti politik demokratik dan pertubuhan lain mendukung pembinaan semula kerajaan teokrasi. Lihat rencana parti Islam. Contoh-contoh lain yang dikatakan termasuk Gereja Penyatuan dan Rekonstruksionisme Kristian.

Asal namaSunting

Perkataan teokrasi berasal daripada perkataan Yunani θεοκρατία (theokratria) yang bererti "pemerintahan Tuhan". Istilah itu pula merupakan gabungan daripada perkataan-perkataan θεός (theos, "dewa") dan κρατέω (krateo, "memerintah").

Teokrasi kiniSunting

Teokrasi KristianSunting

Rencana utama: Negara Kristian

Kota Vatikan ialah sebuah negara Kristian yang diketuai oleh Paus yang dilantik oleh Kolej Kardinal. Selain itu, Gunung Athos di Yunani menempatkan satu petempatan berautonomi dengan pemerintahan Kristian yang dikawal oleh 20 buah biara dan dikecualikan daripada syarat kebebasan pergerakan Yunani sebagai negara Kesatuan Eropah.

Teokrasi IslamSunting

Sistem pemerintahan Iran disifatkan sebagai sebuah "republik teokrasi" menurut CIA World Factbook,[2] dan perlembagaan negara dikatakan memiliki campuran unsur teokrasi dan demokrasi.[3] Iran memiliki undang-undang agama dan memiliki mahkamah agama untuk melaksanakan semua jenis undang-undang. Perlembagaan negara menetapkan bahawa semua undang-udang dan peraturan mesti berdasarkan syarat-syarat Islam.[4]

Kadangkala, sebuah negara Islam boleh dinamakan dengan gelaran "republik Islam" secara rasmi, termasuk Afghanistan, Iran, Mauritania dan Pakistan. Negara-negara ini mengamalkan undang-undang Islam, tetapi boleh memiliki sistem kerajaan dan perundangan yang berbeza.

RujukanSunting

  1. ^ CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: Theocracy
  2. ^ "CIA World Factbook – Iran". Cia.gov. Diarkib daripada yang asal pada 2012-02-03. Dicapai pada 2009-08-10.
  3. ^ 27 Julai 2009, "Iran, Islam and the Rule of Law". Francis Fukuyama
  4. ^ "Iran – Constitution". International Constitutional Law (ICL). 24 Oktober 1979. Dicapai pada 21 April 2015.

Pautan luarSunting