Buka menu utama

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Yang Berhormat Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz atau Ustaz Nik Abduh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Yang Berhormat Ustaz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok, Kelantan
Memegang jawatan
17 April 2018 (2018-04-17)
Didahului olehAhmad Marzuk Shaary
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
6 Jun 2015 (2015-06-06) – 17 April 2017 (2017-04-17)
TimbalanMuhammad Khalil Abdul Hadi
Didahului olehSuhaizan Kayat
Digantikan olehMuhammad Khalil Abdul Hadi
Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan
Dalam jawatan
5 Mac 2013 (2013-03-05) – 9 Mei 2018 (2018-05-09)
Didahului olehIbrahim Ali
Digantikan olehAhmad Fadhli Shaari
Majoriti8,047
Butiran peribadi
Lahir (1970-03-22) 22 Mac 1970 (umur 49)
Parti politikPAS logo.svg PAS
HubunganNik Omar Nik Abdul Aziz (abang)
Nik Adli Nik Abdul Aziz (abang)
IbuDatin Tuan Sabariah Tuan Ishak
BapaNik Abdul Aziz Nik Mat
KediamanKelantan
PekerjaanAhli politik

PendidikanSunting

Nik Abduh dilahirkan pada 22 Mac 1970. Mula menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Jembal. Melanjutkan pendidikan menengah rendah di Madrasah Darul Anuar dan Maahad Muhammadi (Sekolah Lelaki). Selepas tamat belajar, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang keagamaan di Nadwatul Ulama Lucknow, India dan Darul Uloom, Deoband, India serta Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

KerjayaSunting

Selepas tamat belajar, beliau menjawat jawatan sebagai seorang pendidik :

  1. Maahad Muhammadi (sekolah lelaki) pada tahun 1995 (selama 7 bulan)
  2. Maahad Muhammadi (sekolah perempuan) (1997-1998)
  3. Guru penolong kanan 1 (GPK1) di Maahad Darul Anuar (1998-1999)
  4. Mudir di Maahad Darul Anuar (2000-2002)
  5. Mudir di Akademi Nun Berhad (2003)
  6. Pengetua di Maahad Tahfiz dan Pengajian Ugama Nikmatillah (2004 – 2007).

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu selama 8 tahun.

PolitikSunting

Dalam arena politik, Nik Abduh menjadi AJK PAS cawangan Pulau Melaka, ketua pemuda PAS kawasan Pengkalan Chepa, AJK Dewan Ulama PAS Kelantan, Setiausaha Lujnah Tarbiyah PAS Pusat dan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat.

RujukanSunting

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.