Nik Omar Nik Abdul Aziz

Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz merupakan seorang ilmuwan dan ahli politik Malaysia kelahiran Kelantan. Beliau merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan yang juga bekas Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Tan Sri Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau merupakan bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ke-13[1]

Ustaz

Nik Omar Nik Abdul Aziz
Nik Omar Nik Abdul Aziz
Kredit foto dari Marlina Manaf
Yang di-Pertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
14 Disember 2018 – 16 Julai 2020
TimbalanZolkarnain Abidin
Didahului olehDr. Yusri Mohamad
Digantikan olehNasrudin Hassan
Butiran peribadi
Lahir (1965-04-30) 30 April 1965 (umur 59)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Parti politik PAS (2012-2017)
AMANAH (2018-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2018-kini)
PasanganKamaliah Yusof
Anak-anak5
IbuDatin Tuan Sabariah Tuan Ishak
BapaNik Abdul Aziz Nik Mat
SaudaraNik Adli Nik Abdul Aziz (adik)
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (adik)
Tuan Ibrahim Tuan Man (sepupu)
Nik Muhammad Zawawi Salleh (sepupu)
Ahmad Dusuki Abdul Rani (sepupu)

Keluarga sunting

Beliau merupakan anak kedua dari 10 orang adik-beradik. Ibunya bernama Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Selain mempunyai seorang kakak, Nik Aini, beliau juga mempunyai adik bernama Nik Adli, Nik Mohamad Abduh, Nik Abdul Rahim, Nik Adilah, Nik Mohamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Beliau mempunyai pertalian sepupu dengan beberapa pemimpin PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Politik sunting

Nik Omar Nik Abdul Aziz mengikuti jejak langkah ayahnya dalam bidang politik. Beliau pada asalnya menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) namun beliau menukar parti politik apabila ayahnya meninggal kerana kecewa dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang ingin bekerjasama dengan United Malays National Organisation (UMNO) seolah-olah mensia-siakan usaha ayahnya selama ini. Nik Omar dipelawa oleh Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding dalam Pilihan raya negeri Kelantan 2018 dan beliau akhirnya bersetuju dan meninggal parti PAS secara rasmi. Beliau mewakili Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka[2] namun tewas ditangan Ahmad Fathan Mahmood yang mewakili PAS.

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi DUN
Tahun Bahagian Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2018 DUN Chempaka, Kelantan Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH-Amanah) 2,418 Mohd Fareez Noor Amran (BN-UMNO) 7,075 3,474
Ahmad Fathan Mahmood (PAS) 10,549
Kerusi Parlimen
Tahun Kawasan Undian Per Lawan Undian Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
2022 P073 Pasir Salak, Perak Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH-AMANAH) 11,693 20.51% Khairul Azwan Harun (BN-UMNO) 19,894 34.89% 0 0 0%
Jamaludin Yahya (PN-PAS) 24,897 43.66%
Zairol Hizam Zakaria (GTA-PEJUANG) 549 0.95%

Rujukan sunting

  1. ^ YADIM (20 Disember 2018). "Nik Omar mulakan tugas sebagai Yang Dipertua YADIM". Berita Harian. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Vivi Sumanti (2 Mei 2018). "Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar". Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting