Jamaludin Yahya

ahli politik Malaysia

YB Tuan Jamaludin bin Yahya adalah merupakan Ahli Parlimen bagi Pasir Salak, Perak yang menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Yang di-Pertua PAS Kawasan Pasir Salak dan Pemangku Yang di-Pertua PAS Kawasan Pasir Salak.[1]

Yang Berhormat Tuan

Jamaludin Yahya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pasir Salak, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Tajuddin Abdul Rahman
Butiran peribadi
LahirJamaludin bin Yahya
(1971-08-19) 19 Ogos 1971 (umur 52)
Kampung Kepala Pulau, Pasir Salak, Perak, Malaysia
Parti politik PAS
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (sejak 2021)
PasanganPn. Kaazah binti Kamaruddin
Anak-anakMuhammad Hilman Safwan

Intan Nursafwanah Intan NurFarhanah Muhammad Haziq Ikhwan Intan Nur Zahraa Safraa Intan Nur Saidatul Izzah

Muhammad Aidil Azhiim
PekerjaanAhli politik, Guru Pendidikan Islam dan Pendakwah

Kehidupan sunting

Dilahirkan 19.08.1971 di Kg. Kepala Pulau, Pasir Salak ,Perak. YB Ustaz Jamaludin bin Yahya berumur 51 tahun.Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, Pasir Salak,36800 Kampung Gajah, Perak (1978-1983) dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak (1984-1986), kemudian belajar di Kolej Islam Klang, Selangor (1987-1988) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (KISAS), Selangor (1989-1990). selepas tamat STPM, beliau mengajar sementara di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah, Parit , Perak. Kemudian beliau menyambumg pelajaran di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Semambu, Kuantan, Pahang (1992-1994).YB Ustaz Jamaludin bin Yahya bertemu jodoh dan berkahwin dengan Pn. Kaazah binti Kamaruddin (Pen, Kanan SK Pengkalan Ara, Chend. Balai). YB Ustaz Jamaludin bin Yahya dikurniakan 7 orang anak, 5 orang daripadanya berada di Universiti, seorang di Pusat Matrikulasi Perak dan yang bongsu di Tingkatan 3. Beliau kemudian menjadi guru agama dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip, Miri, Sarawak dari tahun 1994 hingga 1999 dan mengajar di SK Pasir Panjang Ulu, Kg. Gajah dari tahun 2000 hingga 2005. Beliau menyambung pelajaran pula di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM) Gombak, Selangor (2005-2008) dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(teaching Arabic as a second language) TAASL dengan kepujian. Beliau kemudian berpindah mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Beliau juga merupakan imam dan Pengerusi Masjid Ar-Ridzuan , Kg. Kepala Pulau, Pasir Salak Perak.Tempat bertugas terakhir sebagai penjawat awam adalah di Sekolah Menengah Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Beliau bertugas sebagai penjawat awam di dalam bidang pendidikan selama 28 tahun sebelum bergelar Yang Berhormat Ustaz Jamaludin bin Yahya.

Keputusan Pilihan raya sunting

Kerusi Parlimen
Tahun Kawasan Undian Per Lawan Undian Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
2022 P073 Pasir Salak, Perak Jamaludin Yahya (PN-PAS) 24,897 43.66% Khairul Azwan Harun (BN-UMNO) 19,894 34.89% 74,761 5003 76.27%
Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH- AMANAH) 11,693 20.51%
Zairol Hizam Zakaria (GTA-PEJUANG) 549 0.95%

Rujukan sunting