Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

agensi kerajaan di Malaysia

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah agensi Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Abdul Razak Hussein[1] pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974[2] yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia. Ia didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] yang bertanggungjawab secara langsung kepada Jabatan Perdana Menteri.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
ياياسن دعوة إسلامية مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk25 Januari 1974; 50 tahun yang lalu (1974-01-25)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 4 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No 3, Jalan Tun Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya
KakitanganN/A
Belanjawan tahunanMYR N/A
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Tuan Haji Zamri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.yadim.com.my

Sejarah sunting

Sejarah penubuhan sunting

Sejarah penubuhan YADIM bermula melalui pembentangan kertas kerja dalam Seminar Kongres Ekonomi Islam Ke-2 yang bersidang pada 7-9 April 1972 di Petaling Jaya anjuran Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kongres ini telah merumuskan untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Sebaran Islam (Islamic Missionary Trust).

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam kongres ini di antaranya ialah "Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslimin (Baitul Mal Pusat)" yang dibentang oleh Tuan Haji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa. Turut sama dalam penyusunan kertas kerja ini adalah Ustaz Nakhaie bin Ahmad, yang pada ketika itu merupakan setiausaha bagi kertas kerja tersebut. Kongres Ekonomi Islam yang ke-2 ini merumuskan "Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslimin (Baitul Mal Pusat)" yang terkandung di dalamnya iaitu:

  1. “Bahawa Kongres ini mengambil keputusan menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Sebaran Islam dengan tujuan:
    • a. Menjalankan dakwah Islamiah, dan
    • b. Menjalankan usaha-usaha kebajikan di seluruh Malaysia
  2. Kerajaan perlu melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada bijak pandai dan orangorang Islam untuk merangka perlembagaan yang lengkap.
  3. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menghulurkan sumbangan-sumbangan kewangan dan lain-lain.
  4. Yayasan ini boleh menerima sumbangan kewangan daripada apa jua punca lain yang halal”

Pada 13 April 1972, Tun Abdul Razak telah mengarahkan melalui suratnya kepada Dato’ Haji Ismail Panjang Aris, Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Aziz Zain yang pada ketika itu adalah Pengerusi Lembaga Lektrik Negara (LLN). Tugas jawatankuasa ini ialah “…to make a preliminary study of the proposal to establish a foundation for da’wah Islam”. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada Prof Ahmad Ibrahim, Dr Mohd Zain Othman, Dato’ Wan Kadir Ismail dan Dato’ Ismail Panjang Aris sebagai setiausaha.

Tugas jawatankuasa yang telah dilantik oleh Perdana Menteri ketika itu adalah membuat penyediaan draf surat ikatan amanah (trust deed). Jawatankuasa kerja pengurusan disediakan oleh Prof. Ahmad Ibrahim. Setelah mengadakan mesyuarat dan perbincangan yang diketuai oleh Tan Sri Aziz Zain secara berulang kali dan beberapa kali membuat pindaan maka akhirnya surat ikatan amanah berjaya disiapkan. Selanjutnya surat ikatan amanah tersebut telah diluluskan Peguam Negara Malaysia dan menyerahkan salinan surat ikatan amanah kepada Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Setelah selesai surat ikatan amanah berkenaan diluluskan, Perdana Menteri telah melantik Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Syed Nasir Ismail sebagai Pemegang Amanah dan Yang Dipertua YADIM pertama.

Pada 25 Januari 1974, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan penubuhannya mengambil sempena awal tahun hijrah, 1 Muharam 1394 di majlis perjumpaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang. Dalam pengisytiharan tersebut, beliau telah menamakan senarai anggota pemegang amanah YADIM seramai 12 orang. Satu permohonan bertulis kepada Peguam Negara Malaysia telah dibuat untuk Perakuan Perbadanan pada 21 Februari 1974 yang telah ditandatangani oleh semua 12 orang Ahli Lembaga.

Sejarah pejabat operasi sunting

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mula beroperasi pada Ogos 1975 di Tingkat 11 Bangunan Wisma Batik, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Kemudian, pada 1 Januari 1980, kerajaan telah memperuntukkan sebuah rumah milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Ledang dengan keluasan kira-kira 3 ½ hektar bagi dijadikan pejabat baru YADIM. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1988, YADIM berpindah pula ke Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur berhampiran Masjid Negara. Pada Februari 2017, ibu pejabat YADIM berpindah ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya (bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)

Sejarah kepemimpinan sunting

Senarai Yang Dipertua YADIM
No. Yang Dipertua Tahun Khidmat Timbalan Yang Dipertua Tahun Khidmat
1 Syed Nasir Syed Ismail 1974-1982 Hassan Adli Mohd Arshad 1974
Hassan Shukri 1974-1978
1978-1982
2 Kamaruddin Mohamed Isa 1982 Dusuki Ahmad 1982-1994
3
4 Ainuddin Abdul Wahid 1990-1993
5 Mohd Yusof Noor 1993-1994
6 Dusuki Ahmad 1993-1997
7 Abdul Hamid Othman 1997-1999
8 Mohd Nakhaie Ahmad 2000-2009 Abdul Manaf Haji Ahmad
9 Aziz Jamaludin Mhd Tahir 2010-2013 Shamsul Najmi Shamsudin 2010-2013
10 Asyraf Wajdi Dusuki 2013-2015 2013
Yusri Mohamad 2013-2015
11 Yusri Mohamad 2015-2018 kosong 2015-2017
Mohd Zaidi Ramli 2017-2018
12 Nik Omar Nik Abdul Aziz 2018-2020 Ustaz Zolkharnain Abidin 2018-2020
13 Nasrudin Hassan 2020-2023 Mohd Fakhrudin Abdul Mukti 2020-2022
14 Hasanuddin Mohd Yunus 2023-kini Adi Anuar Azmin 2023-kini

Lembaga Pemegang Amanah sunting

Surat Ikatan Amanah YADIM memperuntukkan kewujudan Lembaga Pemegang Amanah..

Sesi Pertama sunting

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, sesi pertama.
No. Nama Jawatan
1 YB Syed Nasir Syed Ismail Yang Dipertua[n 1]
2 YB Hassan Adli Mohd Arshad Timbalan Yang Dipertua[n 2]
3 YB Syed Jaafar Syed Hassan Albar Ahli[n 3]
4 YB Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Ahli[n 4]
5 YB Haji Mawardi Lebai Teh Ahli[n 5]
6 YB Haji Mokhtar Mohd Daud Ahli[n 6]
7 Haji Khaidir Khatib Ahli
8 Dusuki Ahmad Ahli
9 Syeikh Mohamad Ghazali Abdul Wahid Ahli
10 Dr Omar Din Ahli
11 Haji Mohamed Haji Ahmad Ahli (Sabah)
12 Ismail Talap Ahli (Sarawak)

Sesi ke-10 sunting

No. Nama Jawatan
1 Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki Yang Dipertua
2 Dato' Shamsul Najmi Shamsudin[n 7] Timbalan Yang Dipertua
3 Tan Sri Ibrahim Lembut Ahli
4 Datuk Idris Shaari Mat Aris Ahli
5 Tan Sri Othman Mustapha Ahli
6 Datuk Nooh Gadut Ahli
7 Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid Ahli
8 Datuk Supiah Md Yusuf Ahli
9 Prof Dr Idris Zakaria Ahli
10 YB Tuan Haji Shabudin Yahaya Ahli
11 YB Dato' Sri Haji Nasir Tun Sakaran Ahli (Sabah)
12 YB Datuk Ir Haji Daud Abdul Rahman Ahli (Sarawak)

Sesi ke-11 sunting

No. Nama Jawatan
1 Dr. Yusri Mohamad Yang Dipertua
2 Ustaz Mohd Zaidi Ramli Timbalan Yang Dipertua
3 Tan Sri Othman Mustapha Ahli
4 Datuk Nooh Gadut Ahli
5 Datuk Idris Shaari Mat Aris Ahli
6 Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid Ahli
7 Datuk Supiah Md Yusuf Ahli
8 Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal Ahli
9 Prof Datuk Dr Sidek Baba Ahli
10 Dato' Haji Taib Haji Ali Ahli
11 Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif Ahli (Sabah)
12 Datu Misnu Taha Ahli (Sarawak)

Sesi ke-12 sunting

No. Nama Jawatan
1 Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz Yang Dipertua
2 Ustaz Zolkharnain Abidin Timbalan Yang Dipertua
3 Dr Muhamad Razak Idris Ahli
4 Mohamad Raimi Abdul Rahim Ahli
5 Maznah Daud Ahli
6 Datuk Wira Haji Abdul Ghani Samsudin Ahli
7 Ahmad Sayuti Bashiron Ahli
8 Lt. Kol. Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat Ahli
9 Tuan Haji Syamsul Maàrif bin Ismail Ahli
10 YB Syed Ibrahim Syed Noh Ahli[n 8]
11 YB Nor Azrina Surip Ahli[n 9]
12 YB Sheikh Omar Bagharib Ali Ahli[n 10]

Sesi Ke-13 sunting

No. Nama Jawatan
1 Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Yang Dipertua
2 Dato’ Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti Timbalan Yang Dipertua
3 Prof. Dato’ Dr. Zulkifli bin Hj Mohd Yusoff Ahli
4 Datuk Dr. Norhafizah binti Musa Ahli
5 Dato’ Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya Ahli
6 Dr. Safinar binti Salleh Ahli[n 11]
7 YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood Ahli[n 12]
8 Dr. Muhammad Faiz bin Na’aman Ahli
9 Dato' Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli Ahli[n 13]
10 Tuan Haji Sainuri bin Yahmin Ahli (Sabah)
11 Datu Haji Loling Othman bin Hj Alwi Ahli (Sarawak)

Sesi ke-14 sunting

No. Nama Jawatan
1 Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus Yang Dipertua
2 Prof. Dr. Adi Anuar bin Azmin Timbalan Yang Dipertua
3 Prof. Madya Dato’ Dr. Izhar Ariff bin Mohd Kashim Ahli
4 Prof. Ts. Dr. Zuriati binti Ahmad Zulkarnain Ahli
5 Ustaz Bashir bin Mohamed Al-Azhari Ahli
6 Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi Ahli (Sarawak)
7 Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin Ahli
8 Datuk Dr. Harlina Halizah binti Siraj Ahli
9 Dr. Johari bin Abdullah @ Yap Guan Kheng Ahli
10 Tuan Haji Sainuri bin Yahmin Ahli (Sabah)
11 Tuan Haji Syamsul Maàrif bin Ismail Ahli
12 Encik Muhamad Faisal bin Abdul Aziz Ahli

Lihat lagi sunting

Pautan luar sunting

Nota sunting

  1. ^ Merupakan Ahli Parlimen Pagoh (UMNO) ketika dilantik, dan kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Pilihan raya umum Malaysia 1974.
  2. ^ Merupakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (Timbalan Presiden PAS) semasa dilantik, dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Bagan Datoh selepas Pilihan raya umum Malaysia 1974. Tempat beliau diganti oleh Ustaz Hassan Shukri selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat.
  3. ^ Merupakan Ahli Parlimen Johor Tenggara (UMNO) semasa dilantik, dan menjadi Ahli Parlimen Panti (UMNO) selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974.
  4. ^ Merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kelantan Hilir semasa dilantik, dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1974.
  5. ^ Merupakan Ahli Parlimen Kota Setar Utara (PAS) semasa dilantik.
  6. ^ Merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Tua (UMNO) semasa dilantik.
  7. ^ Kemudian digantikan dengan Dr. Yusri Mohamad
  8. ^ Ahli Parlimen Ledang dari Parti Keadilan Rakyat
  9. ^ Ahli Parlimen Merbok dari Parti Keadilan Rakyat
  10. ^ Ahli DUN Paloh, Johor dari Parti Tindakan Demokratik
  11. ^ Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  12. ^ Ahli DUN Chempaka, Kelantan dari Parti Islam Se-Malaysia
  13. ^ Pada masa yang sama merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Rujukan sunting

  1. ^ YAP, JOHARI (2023-07-03). "Yadim penggerak Malaysia Madani". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-11-21.
  2. ^ "Hari ini dalam sejarah : Penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)". Berita PAS. 25 Januari 2021. Dicapai pada 22 November 2023.