Mohamaddin Ketapi

Ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Mohammadin Ketapi)

Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Haji Ketapi merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah. Beliau merupakan mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Silam (2018 - 2019) sebelum dinamakan semula sebagai Lahad Datu, Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerusi Lahad Datu dari tahun 1986 hingga 1990.

YB Datuk
Mohamaddin Haji Ketapi
PGDK (Sabah); AP
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Lahad Datu, Sabah
(sebelumnya Silam)
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Nasrun Mansur
Digantikan olehMohammad Yusof Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Segama
Menyandang jawatan
26 September 2020
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti2,168 (2020)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Lahad Datu
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului oleh Mohamad Sunoh Marso
Digantikan oleh Askalanai Abdul Rahim
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Didahului oleh Nazri Aziz
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kawasan pilihan rayaSilam
Maklumat peribadi
Lahir (1957-06-03) 3 Jun 1957 (umur 67)
Segama, Lahad Datu, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Parti politikParti Bersatu Sabah (1985-2018)
Parti Warisan Sabah (2018–2021)
BEBAS (2021)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2021-2022)
BEBAS (2022)
Parti Bangsa Malaysia (2022-kini)
Gabungan politik
lain
PN (2021-2022)
PasanganDatin Zarinah Mohammad Ibrahim
Anak6
PekerjaanMenteri
Ahli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
Anugerah awamSenarai
Parlimen Lahad Datu pada asalnya adalah Parlimen Silam semasa PRU14, namun pada PRN Sabah 2020, ia telah ditukar kepada Parlimen Lahad Datu dan nama Silam telah digunakan sebagai DUN Silam semula setelah DUN Lahad Datu dimansuhkan

Politik

sunting

Beliau menyokong perintah berkurung yang dikenakan di timur Sabah untuk memerangi jenayah merentasi sempadan sempadan yang dilakukan oleh penyamun dari selatan Filipina yang berdekatan.[1] Beliau juga didakwa berketurunan Tawi-Tawi Filipina.[perlu rujukan]

Keluar dari Parti Warisan Sabah

sunting

Beliau mengumumkan untuk keluar Parti Warisan Sabah pada 30 Oktober 2021 kerana ingin memajukan kawasan Parlimen dan kawasan DUN yang diwakilinya. Ketika sidang media tersebut, beliau menyatakan kawasan yang diwakilinya tidak akan maju selagi berada dalam pembangkang. Beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat Malaysia dan ADUN mesra kerajaan di Dewan Undangan Negeri Sabah.[2]

Kontroversi

sunting

Pada 20 September 2020, dalam satu ceramah di Kampung Wawasan, Lahad Datu sempena kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16, Mohamaddin yang juga calon di N61 Segama telah memberi ucapan yang berbaur penghinaan dalam ceramahnya terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia, khususnya yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu 2013. Dalam ucapannya, Mohamaddin menyatakan bahawa krisis tersebut hanyalah suatu "sandiwara bohong" yang direka sempena pilihan raya umum negara pada masa itu.[3]

Namun begitu, beliau menafikan bahawa beliau telah menghina anggota keselamatan dalam ceramahnya dan juga mendakwa pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional dan beberapa parti tempatan Sabah telah memutarbelitkan ucapannya itu sehingga berlakunya isu ini, tetapi telah meminta maaf atas kesilapannya itu. Ucapan tersebut ditentang oleh orang ramai dan disifatkan sebagai biadab dan memperlekehkan golongan pertahanan awam negara.[3] Ucapan tersebut juga diletakkan di bawah siasatan pihak polis Sabah.[4]

Keputusan pilihan raya

sunting

Pilihan raya umum Malaysia 2018

sunting

Beliau telah bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah dan memenangi kerusi Silam ke atas penyandangnya, Nasrun Mansur dari Barisan Nasional.[5]

Parlimen Malaysia: P188 Silam, Sabah[6]
Year Kerajaan Votes Pct Pembangkang Votes Pct
2018 Nasrun Mansur (UMNO) 16,951 27.8%2 Mohammadin Ketapi (WARISAN) 23,352 38.3%2
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Pilihan raya negeri Sabah 2020

sunting
Dewan Undangan Negeri Sabah[7]
Tahun Kerusi Undi Pct Lawan Undi Pct Jumlah undi Majoriti Turnout
2020 N61 Segama, P188 Lahad Datu Mohammadin Ketapi (WARISAN) 4,864 52.41% Aljen Johnny (BERSATU) 2,696 29.06% 9,280 2,168 55.99%
Kamarudin Mohmad Chinki (PCS) 570 6.14%
Jikamisah Abdul Salam (USNO Baru) 39 0.42%
Sahidin Rabaha (PPRS) 399 4.30%
Nicholas Voo Vune Kett (LDP) 67 0.72%
Mohd Basari Abdul Gapar (GAGASAN) 135 1.45%
Kamis Burhan (Bebas) 510 5.50%

Anugerah

sunting
  •   Sabah :
    •   Darjah Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Rujukan

sunting
  1. ^ Sea curfew still needed
  2. ^ Mohammadin Ketapi keluar WARISAN
  3. ^ a b Sabapatty, Kumara (21 September 2020). "Mohamaddin biadab, hina pasukan keselamatan negara – Ismail Sabri". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
  4. ^ Hassan, Assim (22 September 2020). "PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi". Astro Awani. Dicapai pada 22 September 2020.
  5. ^ Warisan sapu bersih Parlimen Silam
  6. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 26 May 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 May 2020.

Pautan luar

sunting