Yang Berhormat Dato' Haji Hanifa bin Ahmad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan . Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Kelantan.[1]

YB Dato' Haji

Hanifa Ahmad

DJMK (Kelantan); AMN
Pengerusi Jawatankuasa
Perindustrian, Perdagangan,
Pelaburan dan Pembangunan Usahawann
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Memegang jawatan
17 Mei 2018
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Pengkalan Pasir
Memegang jawatan
6 Disember 2005
Didahului olehWan Abdul Aziz Wan Jaafar
Butiran peribadi
Lahir (1946-08-08) 8 Ogos 1946 (umur 77)
Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin
BapaAhmad Daud
HubunganAmaluddin Darus (bapa mentua)
Daud Yatimee (abang)
Alma materUniversiti Malaya (BA)
PekerjaanAhli politik

Latar Belakang sunting

Hanifa Ahmad dilahirkan di Kampung Kubang Bemban,Pasir Mas,Kelantan pada 8 Ogos 1946. Keluarganya pengasas PAS di Pasir Mas. Isterinya, Hajah Zaharah Rosminah Amaluddin, 56. Bapa mertuanya, Amaluddin Darus seorang pengasas PAS di Kelantan dan penulis buku politik yang terkenal.

Hanifa Ahmad lebih dikenali sebagai 'Abang Par'. Abangnya Daud Yatimee seorang bekas wakil rakyat. Begitu juga bapanya, Ahmad Daud.

Pendidikan sunting

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim, kemudian melanjut pengajian ke Kolej CIMA di Kuala Lumpur dan meneruskan pendidikan tinggi di Universiti Malaya, mendapat BA Hons.

Kerjaya sunting

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir diplomatik. Jawatannya yang pertama sebagai Penolong Pegawai Daerah Temerloh pada 1972. Menjadi pegawai pembangunan di Negeri Sembilan, Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 1969 - 1978 beliau menjadi ahli sosiologis bagi perunding Enex of New Zealand yang membuat kajian berkaitan Kelantan River Base Study. Pada 1982 - 1990 menjalankan perniagaan sendiri di Kuala Lumpur.

Pada 1991 menyertai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sebagai Pengurus Besar KBC Sdn Bhd, kemudian sebagai Pengurus Besar Damai Sdn Bhd dan pada 1999 hingga 2001 dilantik Timbalan Ketua Eksekutif PKINK. Pada 2001 sehingga 23 November lalu menerajui PKINK sebagai Ketua Eksekutif. Ketika di bawah teraju anak-anak syarikat PKINK berjaya mencatat keuntungan, di mana unjuran keuntungan bersih sebelum cukai tahun dianggar sebanyak RM33.58 juta.

Politik sunting

Pada 1991 - 1993 Hanifa Ahmad menjadi AJK PAS kawasan Pasir Mas, Ketua Penerangan kawasan (1993 - 1995), setiausaha (1995 - 2001) .

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ismailiah, Pohon Buluh.

Pada 1978 hingga 1982 beliau pernah menjadi wakil rakyat di DUN Meranti, Kelantan. Beliau menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan bagi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran Awam.

Dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 beliau tewas kepada calon UMNO/ Barisan Nasional - Hanafi Mamat.

Anugerah & pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1973
  •   Kelantan
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2013)

Rujukan sunting