Hassanuddin Salim ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha PAS Negeri Pahang. Dalam gabungan Perikatan Nasional negeri Pahang, beliau dilantik sebagai penolong setaiusaha negeri[1]..

YB

Hassanuddin Salim

ADN
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Kuala Semantan
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Didahului olehNor Azmi Mat Ludin
Penolong Setiausaha
Perikatan Nasional Pahang
Memegang jawatan
27 Mac 2021
PengerusiMuhyiddin Yassin
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang
Memegang jawatan
2019
PresidenAbdul Hadi Awang
Butiran peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PasanganZarina mohd akhir
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, Pahang. Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam. Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Penglibatan politik sunting

Hassanuddin Salim pernah menjadi calon di DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 tetapi tewas dengan majoriti 1,615 undi di tangan Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Beliau juga pernah bertanding di DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 namun tewas kepada calon BN, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin[2].

Dalam pilihan raya kecil Kerdau 2011, beliau sekali lagi telah mewakili PAS menentang Syed Ibrahim Syed Ahmad dari BN-UMNO, namun tewas[3]. Dalam pilihan raya umum 2018 pula, beliau bertanding di kerusi DUN Kuala Semantan, namun tewas kepada Datuk Nor Azmi Mat Ludin (BN) dalam pertandingan tiga penjuru bersama calon PKR, Syed Hamid Syed Mohamed[4].

Rujukan sunting

  1. ^ Bernama (27 Mac 2021). "Saifuddin appointed Pahang PN chairman". Malay Mail. Dicapai pada 11 Julai 2021.
  2. ^ "Hassanuddin Salim". PRU di Sinar. Dicapai pada 11 Julai 2021.
  3. ^ "Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hasanuddin Salim Calon PAS", Zulkbo.com, 25 Februari 2011.
  4. ^ Amin Ridzuan Ishak (28 April 2018). "Sharkar berdepan 4 calon termasuk bekas wartawan". BHarian. Dicapai pada 11 Julai 2021.

Pautan luar sunting