Razman Zakaria
Yang Berhormat Tuan Haji Razman Zakaria (Jawi: رازمن بن زكريا ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Perak bagi DUN Gunong Semanggol sejak 2018.[1] Di peringkat parti politik, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Perak sejak 2013.[2] Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 2020 hingga 2022.[3][4][5]
Yang Berhormat Tuan Haji Razman Zakaria AAP (Pahang); PJK (Selangor); ADN | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
رازمن بن زكريا | |||||||||||||||||||||||
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak | |||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |||||||||||||||||||||||
Menteri Besar | Saarani Mohamad | ||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Abdul Aziz Bari | ||||||||||||||||||||||
Kawasan pilihan raya | Gunong Semanggol | ||||||||||||||||||||||
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak untuk Gunong Semanggol | |||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 3 Julai 2018 | |||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS) | ||||||||||||||||||||||
Pesuruhjaya PAS Perak | |||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 2013 | |||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Abu Bakar Hussian | ||||||||||||||||||||||
Digantikan oleh | |||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||||||||||
Lahir | 16 Februari 1960 | ||||||||||||||||||||||
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia | ||||||||||||||||||||||
Pasangan | Nidhaal Hashim | ||||||||||||||||||||||
Anak-anak | 6 | ||||||||||||||||||||||
Kediaman | Perak | ||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar belakang
suntingRazman dilahirkan pada 16 Februari 1960. Beliau mendapat pendidikan tertinggi dalam Ijazah Sarjana Pentadbir Awam dari Universiti Malaya (UM) pada 2002. Kemudian beliau mengambil sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya pada 2007 dan melanjutkan pengajian dalam Diploma Tasawur Islam (ILHAM) pada 2015.
Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) pada 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau telah berkahwin dengan Nidhaal Hashim dan dikurniakan enam orang. Anak-anaknya dikenali Mohammad Rifaat, Mohammad Raid, Auni Amirah, Asna Athirah, Mohammad Raziq dan Arisya Amani.
Kerjaya
suntingRazman sebelum dilantik menjadi wakil rakyat merupakan Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia selama empat tahun (2004 hingga 2008) dan Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia pada 1995 hingga 2008.
Beliau pernah menerima anugerah dan pengiktirafan iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor, Ahli Ahmad Shah Pahang, Anugerah Khidmat Cemerlang pada 2003 dan 2007 serta Anugerah Kualiti Perdana Menteri tahun 2004.
Politik
suntingDalam kepimpinan parti, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong dan Bendahari Pas Pusat. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Razman daripada Pas menang dengan mendapat 7,444 undian ketika menentang Zaini Cha daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,541 undi. Majoriti undi sebanyak 1,903.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | DUN Gunung Semanggol, Perak | Razman Zakaria (PAS) | 7,444 | Zaini Cha (BN-UMNO) | 5,541 | 1,903 | |
Ismail Ali (PH-PKR) | 3,520 | ||||||
2013 | Parlimen Lenggong | Razman Zakaria (PAS) | 9,478 | Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO) | 13,639 | 84.90% | 4,161 |
Kerjaya:
- ADUN Gunung Semanggol (2018 hingga kini)
- EXCO Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan ( 8 Disember 2020 hingga 9 November 2022)
- EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil (31 Mac 2020 hingga 5 Disember 2020)
- Penolong Kanan Pengarah Kastam Malaysia (2004 hingga 2008)
- Presiden Pegawai Kanan Kastam Malaysia (1995 hingga 2008)
Jawatan disandang dalam politik:
- Pesuruhjaya Pas Negeri Perak (2008 hingga kini)
- Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong (2008 hingga kini)
- Bendahari Pas Pusat (2017 hingga kini)
- Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pusat (2013 hingga 2015)
- Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pust (2008 hingga 2013)
- Timbalan Pengerusi MBK (2013 hingga 2015)
Penglibatan dalam kemasyarakatan:
- Penaung Maahad Thafiz Al-Quran Lid Da'wah Li Imamah
- Pengerusi NGO Satria Prihatin Tanah
- Penaung Pertubuhan Amal Lengggong
- Ahli Persatuan Pesara Pegawai Kanan Kastam
Anugerah dan pengiktirafan:
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Selangor
- Ahli Ahmad Shah (AAP) Pahang
- Anugerah Khidmat Cemerlang (2003 dan 2007)
- Anugerah Kualiti Perdana Menteri (2004)
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Pentadbir Awam UM pada 2002
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM (1984)
- Sijil Pengajian Islam Syariah di Universiti Malaya (2007)
- Diploma Tasawur Islam (ILHAM) (2015)\
Isu dan tengkarah
suntingKontraversi dan Kalah Saman
suntingLim Guan Eng menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 November 2017 yang mendakwa beliau menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.
Razman kalah pada saman tersebut dan Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Pada tahun 2017 Razman sekali lagi di perintah bayar saman kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.
Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu. Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.
Mohon Maaf
suntingRazman Zakaria, hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mendakwa Perdana Menteri membawa agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dan menyokong agenda komunis.
Permohonan maaf itu dibuat Razman di Mahkamah Tinggi Taiping sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.
Rujukan
sunting- ^ ONLINE, UTUSAN (2018-05-09). "Pas pertahan DUN Gunung Semanggol". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-02-06.
- ^ ONLINE, UTUSAN (2018-05-09). "Pas pertahan DUN Gunung Semanggol". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-02-06.
- ^ "Dua ADUN Pas antara lima angkat sumpah Exco Perak". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-06.
- ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (28 Mei 2020). "Perak umum penstrukturan portfolio Exco". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Jazimah, Balqis (2020-03-31). "7 EXCO Perak angkat sumpah". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-06.