Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah satu jawatan yang diwujudkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatan ini menjadi rebutan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau yang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara yang bersifat rentas parti.[1]

Pengerusi

Majlis Pemulihan Negara
Penyandang
Tan Sri Muhyiddin Yassin
sejak 1 September 2021 sehingga 21 Disember 2022
Penjawat sulungTan Sri Muhyiddin Yassin
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa majlis tersebut mestilah dipengerusikan oleh beliau selaku Perdana Menteri Malaysia bagi memudahkan segala pengurusan, pentadbiran dan kelulusan atas cadangan yang diutarakan.[2]

Jawatan ini berbeza dengan Pengerusi Majlis Gerakan Negara kerana ia tidak dipengerusikan oleh seorang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.[3]

Jawatan ini juga dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri.[4] Tan Sri Muhyiddin telah menerima tawaran jawatan ini secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. [1].

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Majlis Pemulihan Negara

Rujukan sunting