Zuridan Mohd Daud
Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak,[1] Pahang bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Dalam parti, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang[2].
Yang Berhormat Ustaz Zuridan Mohd Daud ADN | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Damak | |
Memegang jawatan 29 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Lau Lee (BN-MCA) |
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang | |
Memegang jawatan 2019 | |
Didahului oleh | Ustaz Mokhtar Senik |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Damak, Jerantut, Pahang | 31 Disember 1971
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Latipah Yusof |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulamak |
Latar belakangSunting
Zuridan Mohd Daud dilahirkan pada 31 Disember 1971 di Kampung Damak, Jerantut, Pahang. Bapanya bernama Mohd Daud Sham, merupakan bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan Jengka 16, Pahang. Ibunya bernama Hajah Halimah Awang.
PendidikanSunting
Zuridan Mohd Daud mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 16 dan kemudiannya di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di Univeristi Hassan 2, Casablanca, Maghribi dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1994. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah dari Universiti Ali Bait, Jordan pada tahun 1999.
KerjayaSunting
Pulang ke Malaysia beliau menabur bakti sebagai pensyarah di beberapa buah IPT. Antaranya ialah pensyarah di Pusat Bahasa Arab, Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) pada tahun 1994-2004. Beliau pernah memegang jawatan pengarah program di Pusat Pengajian Islam Antarabangsa di Kolej IKIP dan Pengarah Program Berkembar antara Universiti Yarmouk Jordan dan Kolej IKIP pada tahun 2003-2004.
Pada tahun 2005 beliau bertugas di Universiti Malaysia Pahang sebagai pensyarah dan memegang jawatan Pengarah Pusat Islam UMP. Namun, beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2014 untuk melibatkan diri sepenuh masa di pusat pengajian miliknya iaitu Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Kampung Temin, Jerantut, Pahang.
PenulisanSunting
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. Antaranya:
- Zuridan Mohd Daud (2008). Tazkirah. Kuantan, Pahang: Penerbit UMP. ISBN 9789675080050.
- Zuridan Mohd Daud (2009). Bingkisan Ramadan. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789834451950.
- Zuridan Mohd Daud (2010). Penyucian Jiwa. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789675426285.
- Ringkasan al-Qawaid al-Fiqhiyyah
- Ulama; Menggalas Tugas Para Nabi
PolitikSunting
Semenjak bertugas sebagai pensyarah lagi beliau telah diamanahkan jawatan-jawatan penting dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutama dalam Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat selain ahli Badan Perhubungan PAS Pahang. Kini beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, pada 2019 menggantikan Ustaz Mokhtar Senik.
Pilihan rayaSunting
Tahun | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 | DUN Damak, Pahang | Zuridan Mohd Daud | 8,444 | Wong Chun Yuan (PH-PKR) | 6,988 | 1,456 |
Lim Chong Ly (BN-MCA) | 4,395 |