Afnan Hamimi Taib Azamudden

ahli politik Malaysia

Afnan Hamimi Taib Azamudden ialah seorang ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dan ilmuwan dari negeri Kedah, Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi Parlimen Alor Setar sejak 2022. Beliau telah dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia pada 2023.[1]

Ustaz

Afnan Hamimi Taib Azamudden

AP
Afnan Hamimi pada 2023
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Alor Setar, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh PKR
Chan Ming Kai
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Malaysia
Memegang jawatan
19 Januari 2024
Didahului olehAhmad Fadhli Shaari
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Memegang jawatan
19 Oktober 2023
Didahului olehAhmad Fadhli Shaari
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2021–2022
KetuaAhmad Fadhli Shaari
Didahului olehAhmad Fadhli Shaari
Digantikan olehMohd Hafez Sabri
Setiausaha Politik
kepada Menteri Besar Kedah
Dalam jawatan
2020–2022
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Digantikan olehMohamad Hilmi Abdul Wahab
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
1 Ogos 2012 – 31 Disember 2015
PengerusiMohd Salleh Man
Butiran peribadi
Parti politik
PasanganNajibatulhuda Abdul Raman
Anak-anak6
HubunganTaib Azamudden Md Taib (Bapa)
Akram Ikrami Taib Azamudden (Adik)
PekerjaanAhli politik

Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 hingga 2015[2][3]. Selepas kemelut politik Kedah 2020 selesai, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor[4].

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.

Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Karier awal sunting

Afnan Hamimi berkhidmat sebagai pengurus besar untuk Ahsana Enterprise. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2012–2015), Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang (2013–2015), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (2013–2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penubuhan Perbadanan Wakaf Pulau Pinang (2014).

Karier politik sunting

Beliau berkhidmat sebagai ketua sayap Pemuda PAS Pulau Pinang. Kemudian, beliau memenangi pemilihan sebagai naib ketua sayap Pemuda PAS dari 2021 hingga 2023. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua sayap Pemuda PAS pada pemilihan pimpinan PAS 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada tahun 2020 hingga 2022.

Pada pilihan raya umum 2022, beliau memenangi kerusi untuk Alor Setar dan menjadi orang Melayu pertama yang mewakili kawasan itu.

Kehidupan peribadi sunting

Afnan Hamimi telah berkhawin dengan Najibatulhuda Abdul Raman dan mereka dikurniakan dengan enam orang anak.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Calon Undi Prts Calon lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 P041 Kepala Batas, Penang Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 20,952 45.47% Reezal Merican Naina Merican (UMNO) 25,128 54.53% 46,738 4,176 90.52%
2018 P044 Permatang Pauh,
Penang
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 14,428 20.66% Nurul Izzah Anwar (PKR) 35,534 50.89% 69,828 15,668 86.18%
Zaidi Mohd Said (UMNO) 19,866 28.45%
2022 P009 Alor Setar, Kedah Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 37,486 48.69% Simon Ooi Tze Min (PKR) 27,555 35.79% 77,976 9,931 73.60%
Tan Chee Heong (MCA) 8,930 11.60%
Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG) 2,383 3.10%
Fadzil Hanafi (WARISAN) 366 0.48%
Sofan Feroza Md Yusup (Bebas) 151 0.20%
Nordin Yunus (Bebas) 115 0.15%

Baca lagi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Johan, Shakira Buang & Shamz (2023-10-19). "Afnan ketua pemuda PAS baru". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-10-19.
  2. ^ "Salleh Man dilantik YDP MAINPP". Buletin Mutiara. 1 Ogos 2012. Dicapai pada 15 November 2021.
  3. ^ "SENARAI NAMA DAN JAWATAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (1.1.2014 – 31.12.2015)". Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dicapai pada 15 November 2021.
  4. ^ Abd Hadi Che Awang (18 Mei 2020). "Sanusi mulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah". Astro Awani. Dicapai pada 11 Julai 2020.