Akram Ikrami Taib Azamudden

pendakwah Malaysia

Akram Ikrami bin Taib Azamudden ialah seorang pendakwah Islam di Malaysia. Beliau pernah menyertai rancangan televisyen islamik, Pencetus Ummah pada 2016 dan memperoleh tempat ketiga[1]. Ketika bergelar mahasiswa, beliau pernah dilantik sebagai Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia[2].

Akram Ikrami Taib Azamudden
Pencetus Ummah Akram
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Lembah Pantai
Dalam jawatan
2019–2021
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2019–2021
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2011–2012
Didahului olehAhmad Syazwan Hassan
Digantikan olehMuhamad Azan Safar
Butiran peribadi
LahirAkram Ikrami bin Taib Azamudden
1989
Parti politik (- kini)
Sekutu gabungan
politik lain
(2020 - kini)
HubunganTaib Azamudden Md Taib (Bapa)
Afnan Hamimi Taib Azamudden (Abang)
Dikenali keranamenyertai Pencetus Ummah musim keempat dan menang tempat ketiga

Latar belakang sunting

Akram Ikrami dilahirkan pada 1989. Beliau merupakan anak kepada bekas Imam Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib. Selepas berakhirnya program Pencetus Ummah, beliau bergerak sendiri dengan meneruskan aktiviti dakwah dan motivasi[3]. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sejak 2017 sebagai Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja[4] Beliau sekali lagi dipilih sebagai AJK DPPM bagi sesi 2019–2019 sebagai Setiausaha[5]. Bagi sesi 2021–2023, beliau sekali lagi dilantik sebagai AJK DPPM dan menggalas tugas Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah.

Rujukan sunting

  1. ^ Gempak (Disember 9, 2016). "Tepati ramalan, PU Mizi juara Pencetus Ummah 2016". Astro Awani. Dicapai pada 24 November 2021.
  2. ^ ARIFFUDDIN ISHAK (14 Januari 2012). "GAMIS Sedia Bincang Dengan BN". mStar. Dicapai pada 24 November 2021.
  3. ^ SAPINAH AB GHANI (27 Januari 2019). "PU Akram pergiat aktiviti dakwah". Dicapai pada 24 November 2021.
  4. ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2017/2019". PAS. 16 Mei 2017. Dicapai pada 24 November 2021.
  5. ^ "Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2019-2021". PAS. 23 Jun 2019. Dicapai pada 24 November 2021.