Chan Ming Kai
YB Chan Ming Kai adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N44 Simpang Pulai yang terletak dalam parlimen P071 Gopeng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
YB Tuan Chan Ming Kai AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Alor Setar, Kedah | |
Memegang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Gooi Hsiao-Leung |
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Indera Kayangan | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Por Choo Chor |
Digantikan oleh | Gan Ay Ling |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Simpang Pulai | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Chan Chin Chee |
Digantikan oleh | Tan Kar Hing |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak | 7 Oktober 1980
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Susan Lau |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Chan Chin Chee dengan majoriti sebanyak 3,386 undi. Beliau memperolehi 10992 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 7,606 undi. [1]
Ahli perniagaan, Chan Ming Kai menyandang jawatan Ahli Parlimen Alor Setar sejak 2018.
Beliau sebelum ini bekas ADUN Indera Kayangan Perlis dan ADUN Simpang Pulai telah dilahirkan pada 7 Oktober 1980 di Ipoh Perak.
Mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau juga melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 2005 hingga 2007 di Univeristy of London.
Bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Ipoh ini telah berkahwin dengan Susan Lau.
Beliau bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, menang dengan mendapat 32,475 undian ketika menentang Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh daripada parti Pas yang mendapat 17,275 undi dengan majoriti undi sebanyak 15,200.
Kerjaya:
- Ahli Parlimen Alor Setar (2018-kini)
- ADUN Indera Kayangan (2013-2018)
- ADUN Simpang Pulai, Perak (2008-2013)
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Univeristy of London (2005-2007)
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi UTM (1998-2002)
- SMJK Yuk Choy (1993-1998)
- SRJK Cina Ipoh (1986-1992)
RujukanSunting
- ^ "Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 © UTUSAN MELAYU (M) BERHAD". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-24. Dicapai pada 2021-08-17.