Mahfodz Mohamed

ahli politik dan ulama Malaysia

Tuan Guru Dato' Dr. Mahfodz Mohamed adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di kerusi Dewan Negeri Johor N09 Gambir, Johor.

Tuan Guru Dato' Dr. Haji

Mahfodz Mohamed

DSSA (Selangor); PhD (Glasgow), Tuan Guru (KUIZM)
Pengerusi As-Sabiqun
Parti Islam Se-Malaysia
Memegang jawatan
12 Julai 2020
Didahului olehSubky Abdul Latif
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Dalam jawatan
2015 – 2019
Didahului olehHarun Taib
Digantikan olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Pesuruhjaya PAS Johor
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehDaeng Sanusi Daeng Mariok
Digantikan olehAminolhuda Hassan
Dalam jawatan
2015–2017
Didahului olehAminolhuda Hassan
Digantikan olehAbdullah Hussin
Butiran peribadi
Lahir (1944-10-16) 16 Oktober 1944 (umur 79)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Norain Abd Wahid
Anak-anakAhmad Nawfal Mahfodz, Nushi Mahfodz
KediamanMuar Johor Muar, Johor
PekerjaanAhli politik, Ulama

Kerjaya dan pengalaman sunting

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Syariah) daripada Universiti al-Azhar, Mesir dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Glasgow United Kingdom. Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ; Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999 ;Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.

Putuskan kerjasama PAS dengan DAP sunting

Pada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan UMNO kerana berkongsi impian mahu melaksanakan hudud, yang tidak disokong oleh DAP.

Pada 15 Jun 2015, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.[1]

Pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Mahfodz Mohamed
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Majoriti
2004 DUN Bukit Serampang, Johor Mahfodz Mohamed (PAS) 2,418 Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO) 11,482 9,064
2008 DUN Bukit Serampang, Johor Mahfodz Mohamed (PAS) 3,355 Dato' Tahir Mohd Taat (BN-UMNO) 10,605 7,250
2013 DUN Gambir, Johor Mahfodz Mohamed (PAS) 8,395 M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC) 8,705 310
Mohd Zan Abu (Bebas) 837
Yunus Mustakim (Bebas) 261
2018 DUN Gambir, Johor[2] Mahfodz Mohamed (PAS) 1,806 M. Asojan a/l Muniyandy (BN-MIC) 7,192 3,088
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH-PPBM) 10,280
Parlimen Batu Pahat Mahfodz Mohamed (PAS) 8,173 Haliza Abdullah (BN-UMNO) 28,035 17,894
Dato' Mohd Rashid Hasnon (PH-PKR) 45,929

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Bibliografi sunting

  • Mahfodz Mohamed (1993). Undang-undang Jenayah Islam: Mengenal Jenayah Qisas Bunuh. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar & Persatuan Ulama Malaysia.
  • Mahfodz Mohamed (1989). Ahl al-Bayt dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. ISBN 967999290X.
  • Mahfodz Mohamed (1985). Jinayah dalam Islam: Satu kajian ilmiah mengenai hukum-hukum hudud. Siri dakwah ulama volume 3. Kuala Lumpur: Persatuan Ulama Malaysia & Nurin Enterprise. ISBN 9679840085.

Rujukan sunting