Buka menu utama

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan. KUIZM diketuai dan diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi bin Marsuki.

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
JenisSwasta
Ditubuhkan pada2009
RektorDr Mohd Zuhdi bin Marsuki
LokasiGombak, Selangor, Malaysia
KampusTaman Melewar, Gombak
Laman webhttp://www.kuizm.org

Sejarah PenubuhanSunting

KUIZM mula dibangunkan pada 14 Mac 2010 di atas bekas tapak Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak yang telah melahirkan ribuan tokoh dan figura hebat di persada nasional dan antarabangsa. Pelancaran bersejarah ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) telah menguruskan penubuhan KUIZM sebelum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah KUIZM sehingga hari ini. KUIZM yang mempunyai sistem akademik tersendiri yang dikendalikan oleh tenaga akademik daripada pensyarah berpengalaman dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing.

Program AkademikSunting

  • Diploma Dakwah & Komunikasi
  • Diploma Muamalat & Kewangan Islam
  • Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam
  • Kursus Insentif Bahasa Inggeris & Arab

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting