Azhar Yahya

ahli politik dan penulis Malaysia

Ustaz Azhar Yahya ialah seorang penulis dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Dalam parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan[1]. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan pada 2013-2015.[2] Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis khususnya dalam bidang ilmu perundangan Islam atau Fiqh. Pada 2020, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bagi sektor pembangunan ummah dan wanita[3].

Ustaz

Azhar Yahya

KMN
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Berkhidmat dengan Wan Ahmad Fayhsal
Didahului olehPenyandang sulung
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
2019
Didahului olehMohamad Noor Mohamad
Butiran peribadi
LahirParit, Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Anak-anak2
Kediaman Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik, Penulis

Latar belakang sunting

Azhar dilahirkan di Parit, Perak dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Pendidikan agama bermula daripada ibu bapanya, kemudian di Sekolah Agama Menengah Rawang, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baharu dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Beliau melanjutkan pengajian formal dalam bidang Syariah dan Perundangan Islam di Univeristi Al-Azhar Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga menadah ilmu dengan para ulama khususnya ketika di Mesir[4]. Pernah bertugas di unit berita Aljazeera, Astro (2002-2007) dan beliau pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Mualamat dan Kewangan Islam di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) dan Penolong Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIZM.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[5][6][7]
Tahun Konstituensi Kerajaan Undian % Pembangkang Undian % Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 P115 Batu Prabakaran (Bebas) 38,125 49.90% Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) 13,687 17.90% 63,600 24,438 83.30%
Azhar Yahya (PAS) 10,610 13.90%
Datuk V M Panjamothy (Bebas) 383 0.5%

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Karya sunting

Berikut merupakan senarai karya penulisan beliau.

  • 2020 - Pengenalan Fiqh Al-Maalat (Fiqh Implikasi / Konsekuensi / Kesan / Akibat), terbitan KUIZM Publication
  • 2018 - Panduan Ibadah Pesakit : Fiqah, Pedoman, Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • 2017 - Soal Jawab Solat Musafir, bersama Ustaz Zulkarnain Dollah, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • 2017 - 10 Asas Penyucian Hati : Sebahagian dari Kitab 40 Asas Dalam Agama, karangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali, terjemahan bersama Mohd Juzaili Juhan, terbitan Jabaan Mufti Negeri Selangor
  • 2016 - Panduan Solat Jamak dan Qasar untuk Para Musafir, bersama Ustaz Zulkarnain Dollah, terbitan Darul Syakir
  • 2016 - Kanun Jenayah Syariah: Jaminan Keamanan & Keadilan, terbitan KUIZM Publication
  • Pedoman Tarawih & Witir
  • 2017 - Fiqh Jumaat Mazhab Syafi'i - Penyelesaian Isu & Permasalahan Kontemporari, bersama Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan KUIZM Publication
  • 2015 - 111 Soal Jawab Berkaitan Solat Jamak & Qasar, bersama Ustaz Zulkarnain Dollah, terbitan KUIZM Publication (Edisi Ketiga)
  • 2015 - Hamba Terpilih Monolog Hamba Menghadapi Musibah, bersama Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan KUIZM Publication
  • 2015 - Non Muslim Dalam Jenayah Syariah, terbitan KUIZM Publication
  • 2014 - Pedoman Pesakit : Panduan Ibadah dan Motivasi Pesakit, bersama Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan KUIZM Publication
  • 2014 - Pelaksanaan Kanun Jenayah Syari'ah : Teori & Realiti, bersama Dato' Dr Mahfodz Mohamed, Ustaz Nasruddin Hassan, Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah, Dr. Muhammad Fathi Yusof dan Dr. Ahmad Nazri Mansur, terbitan KUIZM Publication
  • 2013 - 10 Asas Ibadah : Sebahagian dari Kitab 40 Asas Dalam Agama, karangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali, terjemahan bersama Mohd Juzaili Juhan, terbitan Jabaan Mufti Negeri Selangor
  • 2012 - 10 Asas Aqidah : Sebahagian dari Kitab 40 Asas Dalam Agama, karangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali, terjemahan bersama Mohd Juzaili Juhan, terbitan Jabaan Mufti Negeri Selangor
  • 2012 - Pedoman Ramadan : Panduan Lengkap Berkaitan Puasa Termasuk Fidyah, Kaffarah, Lailatul Qadar, Tahajjud, Qiyamullail, Tarawikh, Witir, dan Solat Hari Raya Berdasarkan Pandangan Muktamad Mazhab Shafi'i, terbitan Faza Publication
  • 2012 - Prinsip-Prinsip Islam Dalam Berinteraksi Dengan Non-Muslim, karangan Nasir Muhammadiy Muhammad Jad, terjemahan bersama Nizamuddin Isemail, terbitan Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat
  • 2011 - Al-Mu'tamad Dalam Fiqh Mazhab Syafi'i (Jilid 1, 5, 6, 7, 8, 9, 10), karangan Prof. Dr. Muhammad Mustafa Al-Zuhaily, terjemahan bersama Ustaz Zulkarnain Dollah dan Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • 2009 - 130 Persoalan dan Panduan Praktikal Solat Jamak & Qasar, bersama Ustaz Zulkarnain Dollah, terbitan Lakhauf Management Services (Edisi Kedua)
  • 2008 - Pedoman Pesakit: Panduan Bersuci, Solat, Puasa dan Motivasi Pesakit, terbitan Lakhauf Management Services
  • 2008 - 120 Persoalan Praktikal Solat Jamak dan Qasar, bersama Ustaz Zulkarnain Dollah, terbitan Lakhauf Management Services (Edisi Pertama)
  • 2007 - Pedoman Pesakit : Panduan Bersuci, Solat, Puasa, Ubat-Ubatan dan Motivasi, terbitan Faza Publications
  • 2006 - 100 Persoalan Puasa, bersama Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan Majlis Sukan Negara Malaysia
  • 2006 - Mutiara Ramadhan : 30 Siri Pedoman Sepanjang Ramadhan, terbitan Majlis Sukan Negara Malaysia
  • 2000 - 100 Persoalan Puasa, bersama Ustazah Fadilah Yaacob, terbitan Faza Publication
  • Jamak & Qasar Untuk Atlet

Rujukan sunting

  1. ^ https://pas.org.my/pesuruhjaya-pas-negeri-sesi-2019-2021/
  2. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-ulamak-pas-pusat-sesi-2013-2015/
  3. ^ "Ijtimak Sukarelawan YADIM suntik semangat". Harakahdaily. 6 Jun 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  4. ^ Dipetik daripada biodata penulis, buku 111 Soal Jawab berkaitan solat Jamak dan Qasar.
  5. ^ "Pilihan raya umum Malaysia". Data pilihan raya Malaysia infoundi. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan-keputusan PRU sejak 2004.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "The Star Online Pilihan raya umum Malaysia ke-14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.