Asri Muda

ahli politik Malaysia

Tan Sri Dato' Sri Paduka Raja Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda (10 Oktober 1923 – 28 Ogos 1992) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pernah menjadi Menteri di Malaysia. Beliau juga merupakan Menteri Besar Kelantan pada 1964-1973.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Paduka Raja
Dato' Haji

Mohd Asri Muda

PMN; SPMK (Kelantan); SPDK (Sabah)
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1969–1982
TimbalanHassan Adli Mohd Arshad (1969-1977)
Abu Bakar Umar (1977-1981)
Yusof Rawa (1981-1982)
Didahului olehBurhanuddin al-Helmi
Digantikan olehYusof Rawa
Menteri Besar Kelantan
Dalam jawatan
1964–1973
Didahului olehIshak Lotfi Omar (1959-1964)
Digantikan olehIshak Lotfi Omar (1973-1974)
Menteri Kerajaan Malaysia
Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah
Dalam jawatan
5 Mac 1976 – 8 November 1977
Digantikan olehAbdul Kadir Yusof
Menteri Tanah dan Galian
Dalam jawatan
5 September 1974 – 4 Mac 1976
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Menteri Kemajuan Tanah
Dalam jawatan
1 Januari 1973 – 4 September 1974
Perdana MenteriAbdul Razak Hussein
Menteri Tugas-tugas Khas (Hal Ehwal Agama)
Dalam jawatan
1 Januari 1973 – 8 November 1977
Digantikan olehMohamad Nasir
Ahli Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohamed Ali (UMNO)
Kawasan pilihan rayaNilam Puri
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului olehHussin Rahimi Saman
Digantikan olehKonstituensi dimansuh
Kawasan pilihan rayaKota Bharu Hulu
Dalam jawatan
1959–1969
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehWan Sulaiman Ibrahim
Kawasan pilihan rayaPasir Puteh
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1959–1973
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSalahuddin Abdullah
Kawasan pilihan rayaKota Bharu Tengah
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSalahuddin Abdullah
Kawasan pilihan rayaKubang Kerian
Butiran peribadi
Lahir10 Oktober 1923
Kelantan Kota Bharu, Kelantan, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Meninggal dunia28 Ogos 1992(1992-08-28) (umur 68)
Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1989-1992)
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983-1988)
Parti Islam Se-Malaysia (Sehingga 1983)
PasanganPuan Sri Datin Seri Panglima Sakinah Syeikh Juned
Anak-anak9

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu, Kelantan. Leluhur keluarganya adalah dari keturunan Kerabat Dato' Lundang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam, Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Pada tahun 1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.

Politik sunting

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Pasir Puteh, negeri Kelantan (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1959 hingga 1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun 1964 sehingga tahun 1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari 1 Januari 1973 hingga 9 November 1977. Kemudian pada 14 November 1977 PAS telah dipecat sebagai parti komponen Barisan Nasional.

Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin al-Helmi ditahan ISA. Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden PAS pada 1969 setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan sehingga menyebabkan tercetusnya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Krisis ini membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada Oktober 1977 dan berlaku rusuhan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Dato'Haji Asri Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan Ahli Parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang ini dan jika menyokong undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Susulan dari arahan ini, Timb. Yang DiPertua Agung PAS Haji Hassan Adli Arshad menyokong rang undang-undang ini dan beliau automatik dipecat daripada PAS.

Pilihan raya negeri Kelantan selepas Mageran pada Mac 1978 menyaksikan tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan setelah berkuasa lebih 18 tahun ke tangan BN dan Berjasa. Sejak dari kejatuhan Kelantan pada PRU 1978, timbul pelbagai desakan dari parti supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS. Desakan ini semakin kuat selepas PRU 1982 yang mana PAS masih gagal menguasai semula Kelantan dan selepas berlakunya Revolusi Islam Iran yang mana ahli PAS melihat kepimpinan Dato' Asri sudah ketinggalan dengan zaman dan arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu. Selain itu berlakunya perselisihan diantara Dato' Asri dan beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (sekarang YAB Tuan Guru) selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat mengenai calon Pilihanraya di Kelantan.

Maka beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982 pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat, Datin Sakinah Junid.

Pada 23 Februari 1983, beliau secara rasmi keluar daripada PAS selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Pemangku Yang Dipertua Agung, Tuan Haji Yusof Rawa. Beliau kemudian menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac 1983. Kemudian pada 2 Julai 1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada 17 November 1988 dan menyertai UMNO pada 22 November 1988.

Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada 13 Mei 1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Sakinah Syeikh Juned pada 15 Ogos 1947 dan mempunyai 9 orang anak, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan, iaitu Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin. Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.

Ada diantara anak beliau yang menetap di Brunei Darussalam dan telah di kurniakan kerakyataan Negara Brunei Darussalam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hasil karya sunting

  • 'Memoir Politk Asri: Meniti Arus' - Buku ini adalah catatan memori Mohd Asri Muda dalam PAS. Buku ini mencatatkan bagaimana usaha membawa masuk Dr. Burhanuddin al-Helmi ke dalam PAS dan seterusnya memimpin PAS.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

  •   Malaysia :
    •   Pingat Peringatan Malaysia (Emas) (P.P.M.) (1965)[1]
    •   Panglima Mangku Negara (P.M.N.) – Tan Sri (1992)[2]
  •   Kelantan :
    •   Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (S.P.M.K.) – Dato' (1965)[3]
    • Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Sri Paduka Raja - 1969[4]
  •   Sabah :
    •   Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) – Datuk Seri Panglima (1974)

Rujukan sunting

  1. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 7 August 2021.
  2. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1992" (PDF). Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 August 2016. Dicapai pada 7 August 2021.
  3. ^ "Anugerah hari keputeraan Sultan". eresources.nlb.gov.sg. Singapore: Berita Harian. 18 July 1965. OCLC 220731980. Dicapai pada 1 February 2021.
  4. ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19690711-1.2.46
Penyandang Terdahulu Presiden PAS
197123 Oktober 1982
Penyandang Kemudian
Burhanuddin al-Helmi Haji Yusof Rawa
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
19641973
Penyandang Kemudian
Ishak Lotfi Omar Muhamed bin Nasir