Yusuf Rawa
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf bin Haji Abdullah Ar-Rawi (Jawi: حاج يوسف بن حاج عبدالله الراوي), atau dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusof Rawa (8 Mei 1922 - 28 April 2000), adalah seorang ahli perniagaan yang disegani. Beliau merupakan salah seorang pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Di-Pertua atau Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang pernah memegang kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am (1987-1995) dan Presiden (1982-1989). Beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri dalam kabinet Malaysia. Bapanya, Haji Abdullah Nordin al-Rawi, berasal dari Rao, Sumatera Barat, Indonesia.[1] Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1992 ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS.
Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | |
---|---|
Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1989 | |
Timbalan | Fadzil Mohd Noor |
Didahului oleh | Mohd Asri Haji Muda |
Digantikan oleh | Amirul Hazeem Rahimi |
Mursyidul Am PAS | |
Dalam jawatan 1987–1995 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Timbalan Menteri Kerajaan Malaysia | |
Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
Dalam jawatan 13 Ogos 1973 – 24 Ogos 1974 | |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
Menteri | Abdul Taib Mahmud |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Hashim Endut |
Kawasan pilihan raya | Ulu Muda |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Kawasan pilihan raya | Kota Star Selatan |
Duta Besar Malaysia Ke Iran dan Turki di Tehran | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1974-1975) Sultan Yahya Petra (1975-1978) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Lebuh Acheh, Pulau Pinang | 8 Mei 1922
Meninggal dunia | 28 April 2000 | (umur 77)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Hajah Kalsom Ali |
Anak-anak | 11 (termasuk Mujahid Yusuf Rawa) |
Kehidupan awal
suntingBeliau dikagumi kerana pemikirannya yang tajam yang boleh mengupas segala persoalan walaupun rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon, kemudian berpindah ke Sekolah Chowrasta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Government English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.
Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Takhassus al-Dini dari Maahad al-Falah.[2] Selepas itu beliau kembali ke tanah air untuk membantu mengembangkan perniagaan bapanya sebelum melibatkan diri secara langsung dalam politik.
Politik
suntingPenglibatan beliau dalam politik bermula selepas menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menggantikan Ustaz Ahmad Azzam yang berpindah tempat.
Semenjak memegang amanah itu Allahyarham diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat walaupun setelah melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri. Kepimpinan PAS di bawah Dato' Asri Muda, beliau sekali lagi diberi mandat sebagai Timbalan Yang DiPertua (kini dikenali sebagai Timbalan Presiden).
Kerjaya politik beliau mulai bersinar apabila menewaskan Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum 1969. Beliau menang dengan kelebihan 989 undi. Pada era PAS bersama Barisan Nasional, beliau adalah salah seorang ahli parlimen PAS yang dilantik menjadi menteri.
Semasa pemilihan jawatankuasa baru PAS pada 1982, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS (kini dikenali sebagai Presiden) bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda semasa muktamar pada 23 Oktober 1982 yang mendesak perubahan dalaman. Selepas memegang peranan besar itu selama beberapa tahun, pada penghujung 1980-an beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. Bagaimanapun, beliau masih mengekalkan jawatannya sebagai Mursyidul Am sehingga tahun 1995, dan diganti oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Meninggal dunia
suntingSemenjak itu, kesihatan beliau kurang memuaskan sehinggalah beliau beberapa kali mendapatkan rawatan di hospital sehingga menghembuskan nafasnya terakhir pada 28 April 2000 kira-kira jam 7.15 pagi. Allahyarham meninggalkan 11 orang anak, enam perempuan dan lima lelaki serta 30 cucu hasil perkongsian hidup bersama Hajah Kalsom Ali yang meninggal dunia enam tahun sebelumnya.
Sumbangan
suntingBeliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama di dalam kabinet gabungan PAS dengan Barisan Nasional serta pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Iran, Afghanistan dan Turki pada pertengahan tahun 1970-an.
Rujukan
sunting- ^ Harian Singgalang, 1 November 2010
- ^ Jalani, Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid Dan Hamidah binti (2012). "Tuan Haji Yusof Rawa: Biografi Dan Sumbangannya". Jurnal KIAS (dalam bahasa Inggeris). 7 (1): 134–150. ISSN 2289-8050.
Pautan luar
sunting
Penyandang Terdahulu | Presiden PAS 23 Oktober 1982 – 30 Mac 1989 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda | Dato' Haji Fadzil Mohd Noor |