Abu Bakar Umar

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Abu Bakar Bin Umar)
Untuk pelakon, sila lihat Abu Bakar Omar.

Datuk Haji Abu Bakar Bin Umar merupakan ahli politik PAS di Malaysia. Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan[1] ketika menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Kota Setar, negeri Kedah. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional yang pada ketika itu dianggotai oleh PAS. Beliau kekal sebagai ahli PAS sehingga ke akhir hayat.

Datuk Haji

Abu Bakar Umar

D.S.D.K.
Jemaah Menteri Malaysia
Timbalan Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
5 September 1974 – 8 November 1977
MenteriLee Siok Yew
Kepimpinan Tertinggi PAS
Timbalan Presiden PAS
Dalam jawatan
1977–1981
PresidenMohd Asri Muda
Didahului olehHassan Adli Mohd Arshad
Digantikan olehYusuf Rawa
Naib Presiden PAS
Dalam jawatan
1969–1977
Ahli Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
1974–1986
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Hadi Derani
Kawasan pilihan rayaKota Setar
Dalam jawatan
1969–1974
Didahului olehSenu Abdul Rahman
Digantikan olehKonstituensi dimansuh
Kawasan pilihan rayaKubang Pasu Barat
Butiran peribadi
Lahir(1927-01-13)13 Januari 1927
Kedah Kota Setar, Kedah
Meninggal dunia12 Ogos 1998(1998-08-12) (umur 71)
Pulau Pinang Pokok Sena, Pulau Pinang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganDatin Hajah Rokiah binti Haji Ahmad Tuan Hussein
KediamanLanggar, Kedah

Sejarah hidup sunting

Datuk Haji Abu Bakar lahir di Kampung Darat, Hutan Kampung, Kedah. Bapanya merupakan guru besar di sebuah Sekolah Melayu di situ. Pada tahun 1946, beliau mengambil peluang untuk ke India menaiki kapal bersama masyarakat India di Malaya yang pada masa itu ingin pulang ke tanah air mereka selepas kemerdekaan India daripada British.

Di India, beliau mendaftarkan diri di Aligarh Muslim University di Aligarh, India dalam jurusan Sains Politik. Pengalaman berada di India ini membuatkan beliau fasih berbahasa Urdu.

Pada tahun 1958, beliau pulang ke Malaya dan berkahwin dengan Rokiah Haji Ahmad, anak kepada Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein yang merupakan salah seorang pengasas PAS yang juga satu-satunya pembangkang di dalam Parlimen pertama Tanah Melayu, pada tahun 1955.

Beliau mula bertanding dalam pilihanraya sejak tahun 1959 dan merupakan Pesuruhjaya Pas bagi negeri Kedah.

Datuk Haji Abu Bakar Umar meninggal dunia pada 12 Ogos 1998 di Pokok Sena, Pulau Pinang dekat dengan Madrasah Khairiyah Islamiyah yang ditubuhkan bapa mentuanya, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein. Beliau dikebumikan bersebelahan dengan pusara Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein di Masjid Kampung Baggol, Pokok Sena, Pulau Pinang.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 1976
    • Darjah Setia Diraja Kedah (S.D.K) - 1975

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PENYATA RASMI PARLIMEN" (PDF). Parlimen Malaysia. 4 November 1974. Dicapai pada 19 Jun 2021.