Coleoptera (disebut /koʊliːˈɒptərə/), spesies biasanya dipanggil Kumbang ialah order serangga yang terbesar, dan mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[1] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenalpasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[2]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenalpasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[3] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (weevil atau kumbang muncung), juga tergolong dalam order ini.

Kumbang
Julat zaman: 318–0 Ma
Pennsylvanian – Sekarang
Kolaj spesies Coleoptera pada latar belakang putih. dari kiri atas ke kanan bawah, kumbang rusa keemasan betina (Lamprima aurata), kumbang badak (Xylotrupes gideon), spesies Amblytelus , Kumbang koboi (Chondropyga dorsalis), dan Kumbang hidung panjang (Rhinotia hemistictus).
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Coleoptera

Suborder

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang sayap belakang yang digunakan, makanala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh di dapati di pelbagai habitat daratan maupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung.

Rujukan Sunting

  1. ^ Powell, Jerry A. (2009). "Coleoptera". Dalam Resh, Vincent H.; Cardé, Ring T. (penyunting). Encyclopedia of Insects (ed. 2 (illustrated)). Academic Press. m/s. 1132. ISBN 9780123741448. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 14 November 2010. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  2. ^ P. M. Hammond 1992. Species inventory. pp. 17–39 in Global Biodiversity, Status of the Earth’s Living Resources, B. Groombridge, ed. Chapman and Hall, London. 585 pp.
  3. ^ Arthur D. Chapman (2009). Numbers of Living Species in Australia and the World (PDF) (ed. 2nd). Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. ISBN 978-0-642-56861-8. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-10-07. Dicapai pada 2011-03-29.

Pautan luar Sunting

Global Sunting