Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dibina pada tahun 1996 dan dirasmikan pada tahun 1999. Terletak di Jln. Behor Pulai, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra. Institut ini mula dikenali sebagai Maktab Perguruan Perlis.

IPG Kampus Perlis
Institute of Teacher Education, Perlis Campus
Lokasi
Kangar, Perlis
Maklumat
MotoInstitut Cemerlang Pelajar Gemilang
Ditubuhkan21 September 1999
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahTuan Amran bin Mahadi
Timbalan PengarahHaji Mohd Fadzil bin Mohd Salleh
Hal Ehwal PelajarPuan Noryati binti Ismail
Laman sesawang

Sejarah sunting

Perlis merupakan satu-satunya negeri yang belum mempunyai Maktab Perguruan. Menyedari hal ini, pada tahun 1982, YB Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (sekarang Tun), Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah maktab perguruan di bumi Perlis. Atas ikhsan Kerajaan Negeri Perlis, pada tahun 1996 sebidang tanah seluas 89.6 ekar di kawasan Behor Pulai, Mukim Sena, Kangar telah diperuntukkan untuk tujuan pembinaan maktab tersebut. Kos keseluruhan pembinaan maktab perguruan yang menggunakan nama Maktab Perguruan Kangar (MPK) adalah sejumlah RM 55 juta. MPK telah siap dengan sepenuhnya pada pertengahan tahun 1999. Pada 21 September 1999, MPK telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (sekarang Tun), Perdana Menteri Malaysia dalam satu upacara khas yang penuh gilang gemilang. Semasa perasmian tersebut, beliau telah menamakan semula Maktab Perguruan Kangar sebagai Maktab Perguruan Perlis (MPP) bagi mengelakkan kekeliruan dengan Majlis Perbandaran Kangar yang juga menggunakan kata singkat yang sama iaitu MPK. Kini setelah semua maktab perguruan dinaiktarafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, MPP telah dinamakan sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis mulai tahun 2007 dan kumpulan pertama graduannya akan tamat pengajian pada tahun penghujung tahun 2010. Pada tahun 2021, IPG Kampus perlis telah menerima seorang siswa yang terlalu cemerlang bak kata orang, Muhammad Muhsin bin Abd Kadir. Beliau memang hebat ah.

Visi sunting

"Institut pengajian tinggi unggul meneraju kecemerlangan pendidikan guru yang memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia"

Misi sunting

"Melaksana program pendidikan guru untuk melahirkan guru profesional, kompeten dan berwatak yang bersedia menjunjung aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta menyanjung warisan budaya Negara"

Alamat sunting

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar,
Perlis