Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Kerajaan Tempatan di Daerah Kuala Selangor, Selangor

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor
مجليس دايره كوالا سلاڠور

MPKS
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Rahilah binti Rahmat
Moto
Kuala Selangor Indah dan Bersejarah
Tempat persidangan

Jalan Majlis,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mpks.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah [1]

sunting

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:

  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai (Bestari Jaya)
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor.

 

Setelah 43 tahun penubuhannya, MDKS telah diwartakan sebagai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) oleh kerajaan negeri berkuatkuasa 08 Julai 2021 manakala pengisytiharaan MPKS pula dilakukan pada 07 Ogos 2021, ia bersempena dengan tahun MDKS ditubuhkan iaitu pada tahun 78 yang mana nombor 7 itu mewakili (07) haribulan dan nombor 8 pula mewakili (08 / Ogos) bulan. Kawasan pentadbiran MPKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MPKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MPKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor Dinaik Taraf Pada 7 Ogos 2021.

Maklumat Asas Majlis Perbandaran Kuala Selangor

  • Luas kawasan MPKS adalah 119,452.46 hektar.
  • Unjuran penduduk (2.61% setahun) bagi kawasan pentadbiran daerah Kuala Selangor 2010 sehingga 2025 ialah 304,444 orang
  • Pegangan harta berkadar sehingga Ogos 2016 ialah sebanyak 67,004 unit pegangan

Visi, Misi, Moto & Objektif [2][3]

sunting
  • Perbandaran Lestari Masyarakat Sejahtera
  • Menyediakan Persekitaran Perbandaran yang kondusif bagi pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti.
  • "Usaha Untuk Rakyat"

Objektif

sunting
  • Meningkatkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian maklumat.
  • Memperkukuh dan memantapkan pengurusan kewangan bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
  • Memperkukuh pengurusan dan perkhidmatan perbandaran bagi kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat.
  • Memperkasa tadbir urus organisasi untuk meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.
  • Mempergiatkan pembangunan bandar dan desa serta memperkukuhkan sosio-ekonomi secara holistik dan mampan untuk kesejahteraan rakyat.
  • Memperkasa dan mengoptimumkan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang.

Peranan

sunting
  • Memastikan semua pembangunan atau kawalan pembangunan di kawasan MPKS dilakukan melalui Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sediada.
  • Mempertingkatkan kecekapan pengurusan hasil Majlis.
  • Memantapkan pembangunan perkhidmatan perbandaran dari aspek pungutan sampah, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan penyelenggaraan jalan.
  • Mempromosikan produk-produk pelancongan setempat seperti eco-tourism, agro-tourism, sport-tourism dan edu-tourism.
  • Menyedia dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam.
  • Membuka peluang dan ruang dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.
  • Melaksanakan program pembangunan belia dan kemasyarakatan.

Mukim di bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor

sunting

Persempadanan MPKS berdasarkan Zon

sunting
  • Tanjong Karang
  • Ujong Permatang
  • Kuala Selangor
  • Bestari Jaya / Pasangan
  • Ijok
  • Puncak Alam
  • Saujana Utama
  • Jeram / Sungai Buloh

Wakil Rakyat

sunting

Ahli Parlimen

sunting

Ahli Dewan Negeri (ADN)

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting