8FM (dahulunya One FM) merupakan sebuah stesen radio berbahasa Cina milik Media Prima Audio.

8FM
BandarPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan penyiaranMalaysia
Slogan最Hit (2012-21)
听好音乐,过好生活 (2021-22)
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama19 Januari 2009; 14 tahun yang lalu (2009-01-19) (sebagai One FM)
2 Ogos 2021; 21 bulan yang lalu (2021-08-02) (sebagai 8FM)
FormatRadio hit kontemporari
Tarikh siaran terakhir25 September 2022; 7 bulan yang lalu (2022-09-25) (100.4 MHz Kuantan, Pahang)
BahasaCina (Mandarin & Kantonis)
PemilikMedia Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad
(8FM Radio Sdn Bhd)
Saluran kembarHot FM
Buletin FM
Molek FM
Fly FM
Siaran weblisten.8fm.audio
Tapak webwww.8fm.audio

Sejarah

8FM pada asalnya merupakan radio WanitaFM kemudian telah menutup operasinya dan dibeli oleh Media Prima. Frekuensi di Kuala Lumpur masih menggunakan frekuensi yang sama ketika WanitaFM beroperasi dahulu. Radio ini merupakan stesen radio yang mensasarkan pendengar dari usia 15 hingga 35 tahun. 8FM memulakan operasinya secara rasmi pada 19 Januari 2009 sebagai One FM.

Bermula 4 Mei 2021, stesen ini bersiaran serentak di 8TV, pada setiap Isnin - Khamis jam 1:30 - 7:00 pagi dan Jumaat - Ahad jam 2:00 - 7:00 pagi.

Bermula 2 Ogos 2021, One FM kini dikenali sebagai 8FM dan menjadi stesen radio pendamping kepada stesen televisyen 8TV.

Pada 28 Mac 2022, 8FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[1]

Pada 25 September 2022, frekuensi 8FM di Kuantan, Pahang telah ditamatkan siarannya. Pendengar 8FM di Kuantan harus memuat turun aplikasi Audio+, mendengar secara online atau frekuensi FM 88.1MHz untuk mendengar 8FM.

Walaupun frekuensi 8FM di Kuantan telah diganti oleh Molek FM pada 2 Oktober 2022, tetapi 8FM masih boleh diterima di sebahagian Kuantan pada frekuensi FM 88.1MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali.

Penyampai

Penyampai Harian

  • Angeline Huang Yu Li
  • Royce Tan Chee Hong
  • Hana Zhang Xin Yi
  • Kyan Lim Chee Chun
  • Orange Tan Hui Tien
  • Rickman Chia Cheng Wei

Bekas Penyampai

  • Angel
  • Ding Ding
  • Dino
  • Chrystina Ng
  • Gigi
  • Nicholas Weng Shu Wei (berpindah ke Melody)
  • William San Wai Lam (berpindah ke Melody)
  • Ying Ying

Program

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa
Good Vibe Everyday Angeline Huang & Royce Tan 06:00 - 10:00
Hana at 10 Hana Zhang 10:00 - 13:00
Kyann Tan 13:00 - 16:00
Orange Tan & Rickman Chia 16:00 - 20:00
8TV Mandarin News - 20:00 - 21:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
8FM Audio+ Top 20 Kyann Tan & Orange Tan 11:00 - 13:00
Hana2Say Hana Zhang 17:00 - 18:00
8TV Mandarin News - 20:00 - 21:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Hana2Say (Ulangan) Hana Zhang 12:00 - 13:00
8FM Audio+ Top 20 (Ulangan) Kyann Tan & Orange Tan 17:00 - 19:00
8TV Mandarin News - 20:00 - 21:00

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Catatan
88.1 MHz Lembah Klang, Pahang Barat & Perak Selatan Gunung Ulu Kali Frekuensi dahulu digunakan oleh Wanita FM
Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
87.8 MHz Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Gunung Jerai
Taiping, Perak
87.6 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
88.3 MHz Seremban, Negeri Sembilan Bukit Gun
105.3 MHz Johor Bahru, Johor Taman Sentosa
98.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
95.7 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong

8FM boleh didengari di Kelantan, Terengganu dan Pahang secara online di www.8fm.audio dan bukan sahaja boleh dengar melalui laman web boleh juga muat turun aplikasi Audio+ di App Store (iOS), Google Play dan Huawei App Galery.

Pautan luar