SelangorTV
Selangor TV (dahulunya dikenali sebagai TV Selangor) adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ditadbir oleh Communication Corporation Sdn Bhd. SelangorTV mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Menteri Besar Selangor ke-14, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Dato' Seri Dr. Mohammad Khir Toyo. SelangorTV diwujudkan kerana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional, didakwa oleh Pakatan Rakyat, tidak memberi peluang kepada Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media milik Kerajaan Persekutuan seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Ahli gabungan | SelangorKini |
Slogan | • Merakyatkan Informasi (2008–sekarang) |
Ibu pejabat | Aras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Selangor Sdn Bhd |
Induk | |
Orang penting | Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim |
Sejarah | |
Dilancarkan | 2008 |
Pautan | |
Laman web | https://selangortv.my/ |
Ketersediaan | |
SelangorTV beroperasi dari Kompleks Pentadbiran Kerajaan Selangor Darul Ehsan yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan dikendalikan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor. SelangorTV adalah stesen tv milik penuh Kerajaan Selangor. Namun, siaran SelangorTV hanya boleh ditonton menerusi internet di lawan web www.tvsnews.net. Ini kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada SelangorTV untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor. Oleh sebab itu, buat masa kini, SelangorTV hanya boleh ditonton menerusi internet sahaja. Siaran SelangorTV boleh ditonton menerusi internet di lawan web www.selangortv.my
Siaran Selangor TV menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, selain daripada bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Bahasa Tamil. Selangor TV juga mempunyai pelbagai jenis rancangan atau program yang menarik seperti bual bicara eksklusif, borak santai, drama-drama tempatan, drama Indonesia, drama Korea, ceramah keagamaan, dokumentari bersiri, filem-filem Hindi, filem-filem tempatan, animasi, berita terkini, drama komedi, program realiti bersiri, travelog pelancongan, eksplorasi makanan tempatan dan antarabangsa, dan banyak lagi rancangan yang lebih menarik, penuh informasi, dan lebih santai. Siaran televisyen Selangor TV adalah selama 24 jam setiap hari. Kini Selangor TV dipegang hak milik sepenuhnya di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia.
Pautan luarSunting
- https://selangortv.my/ Laman rasmi Selangor TV
Rencana berkaitan televisyen ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |