Yang Dipertuan Muda

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Muda Riau ialah jawatan yang telah mula diberikan oleh Raja Sulaiman kepada orang Bugis yang telah membantu merampas semula takhta Sultan Johor daripada Raja Kecil. Jawatan ini kemudiannya diwariskan dikalangan keturunan ini.

Orang Bugis ini dianggap sebagai keturunan raja-raja Kerajaan Luwu, Sulawesi Selatan.

Pemegang jawatan Yang di-Pertuan Muda Riau yang pertama ialah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Muda Riau I Sultan Alauddin Riayat Shah ibni Almarhum Almarhum La Tenri Borong Opu Daeng Rilakka yang dilahirkan sebagai Opu Daeng Marewah[1].

Penggunaan Lain sunting

Gelaran Yang Dipertuan Muda juga digunakan oleh kerajaan Melayu yang diasaskan oleh keturunan Kesultanan Johor yang merujuk kepada pewaris takhta kerajaan tersebut.

Kerajaan yang pernah menggunakannya ialah Kesultanan Siak dan Kesultanan Inderagiri. Kesultanan Terengganu yang diasaskan oleh keturunan Bendahara Johor masih menggunakan gelaran tersebut bagi putera mahkota.

Senarai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Muda Riau (Yamtuan Muda Riau) sunting

 
Makam Raja Ja'afar di Pulau Penyengat dari Kesultanan Johor (Dinasti Diraja Bugis Luwu)

Berikut merupakan senarai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Muda Riau

(Yamtuan Muda Riau) [2].

(Dinasti Diraja Bugis Luwu)

Bilangan Yang di-Pertuan Muda

Yamtuan Muda Riau

Pemerintahan
1 Yang di-Pertuan Muda Riau I Sultan Alauddin Riayat Shah ibni Almarhum La Tenri Borong Opu Daeng Rilakka

Dikenali sebagai Opu Daeng Marewah

1722 - 1728
2 Yang di-Pertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak ibni Almarhum La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka 1728 - 1745
3 Yang di-Pertuan Muda Riau III Opu Daeng Kemboja Ibni Almarhum Opu Daeng Parani 1745 - 1777
4 Yang di-Pertuan Muda Riau IV Raja Haji Fisabilillah ibni Almarhum Yamtuan Muda II Opu Daeng Chelak 1777 - 1784
5 Yang di-Pertuan Muda Riau V Raja Ali Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau III Opu Daeng Kemboja 1784 - 1806
6 Yang di-Pertuan Muda Riau VI Raja Ja'afar Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau IV Raja Haji Fisabilillah 1806 - 1831
7 Yang di-Pertuan Muda Riau VII Raja Abdul Rahman Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar 1831 - 1844
8 Yang di-Pertuan Muda Riau VIII Raja Ali Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar 1844 - 1857
9 Yang di-Pertuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar 1857 - 1858
10 Yang di-Pertuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah 1858 - 1899

Rujukan sunting

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.

Nota kaki sunting

  1. ^ R.O. Winstedt, ms 65.
  2. ^ Abu Hassan Sham, ms 8, 12,18.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting