Raja Muhammad Yusuf

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka' Yang Di-pertuan Muda Riau kesepuluh dan Terakhir Raja Muhammad Yusuf Ibni Al-Marhum Yang Di-pertuan Muda Riau Kesembilan Raja Haji Abdullah.

ialah Yang Dipertuan Muda Riau ke-10 (1858-1899), cucu Raja Jaafar, Yang Dipertuan Muda VI. Beliau dilantik oleh Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Lingga-Riau. Beliau dilantik selepas kemangkatan bapanya, Raja Haji Abdullah, Yang Dipertuan Muda ke-9.

Baginda dianggap sebagai Yang Dipertuan Muda terakhir kerana selepas kemangkatan baginda, jawatan tersebut telah disatukan dengan jawatan sultan oleh putera baginda dengan Tengku Ambung, puteri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah iaitu Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah, Sultan Riau-Lingga Ke-8 dan terakhir (Dinasti Yang Dipertuan Muda Riau) dan (Dinasti Bangsawan Diraja Bugis Luwu di Sulawesi Selatan) sehingga tahun 1911 apabila baginda diturunkan takhta dan Riau-Lingga menjadi jajahan Belanda pada tahun 1913.

Kematiannya sunting

Baginda mangkat di Pulau Penyengat pada tahun 1899 dan dimakamkan berhampiran Masjid Raya Pulau Penyengat.

Rujukan sunting

  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.

Lihat juga sunting


Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda Riau Ke-10
1858 - 1899
Penyandang Kemudian
Raja Haji Abdullah Jawatan disatukan dengan jawatan Sultan