Al-Mansur
Al-Mansur, Almanzor atau nama sebenarnya Abu Ja'far Abdallah ibn Muhammad al-Mansur (712–775; Bahasa Arab: ابو جعفر عبدالله ابن محمد المنصور) merupakan khalifah Abbasiyyah kedua. Beliau telah dilahirkan di al-Humaymah, rumah bagi keluarga Abbasiyyah selepas penghijrahan mereka daripada Hijaaz pada tahun 687–688. Bapanya, Muhammad, adalah cicit kepada 'Abbas; ibunya pula adalah seorang wanita Barbar[1]. Beliau telah memerintah bermula pada tahun 754 sehingga 775. Pada tahun 762, beliau telah membina kediaman khalifah baru dan kota istana kota Madinat as-Salam, yang mana kemudian menjadi teras bagi ibu kota khilafah, Baghdad.
RujukanSunting
BibliografiSunting
Mas'udi, The Meadows of Gold, The Abbasids, transl. Paul Lunde and Caroline Stone, Kegan Paul, London and New York, 1989
Kennedy, Hugh, When Baghdad Ruled The Muslim World, Cambridge, Da Capo Press, 2004
Al-Mansur Tarikh keputeraan: 712 Tarikh kemangkatan: 775
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh As-Saffah |
Khilafah Islam 754 – 775 |
Diikuti oleh: Al-Mahdi |