Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin

Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin merupakan kenyataan bertulis oleh penyair Palestin, Mahmoud Darwish dan dibaca oleh Yasser Arafat pada 15 November 1988. Ia pada sebelum ini[1] telah diambil oleh Majlis Kebangsaan Palestin, badan perundangan dalam Organisasi Pembebasan Palestin dengan undian sebanyak 253 bersetuju, 46 menentang dan 10 berkecuali. Ia telah dibaca semasa sesi penutup Majli Kebangsaan Palestin ke-19.[2] Sejurus selepas tamat pembacaan pengisytiharan tersebut, Arafat yang juga Pengerusi PLO telah menyandang jawatan "Presiden Palestin".[3] Pada April 1989, Majlis Pusat PLO memilih Arafat sebagai Presiden Palestin yang pertama secara rasminya.[4]

Latar belakang sunting

Pada 28 Okctober 1974, Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 yang berlangsung di Rabat menetapkan PLO sebagai "wakil tunggal Palestin yang sah dan menegaskan hak mereka untuk membina sebuah negara merdeka yang mendesak".[5]

Justifikasi undang-undang untuk pengisytiharan adalah berdasarkan Resolusi 181 (II) Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 29 November 1947, yang mana memperuntukkan pengakhiran dan pemisahan Palestin Bermandat menjadi dua negara. Walaupun Negara Palestin telah diiktiraf, pada masa itu Organisasi Pembebasan Palestin tidak melakukan pengawalan ke atas mana-mana wilayah,[6] dan menetapkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin,[i][7] yang berada di bawah kawalan Israel dan dituntut sebagai ibu negara Israel.

PLO mula melaksanakan pemerintahan terbatas di Wilayah A dan B di Tepi Barat dan bahagian dari Genting Gaza sebagai konsekuensi dari Perjanjian Gaza-Yericho 1994, di bawah payung Pihak Berkuasa Palestin. Pada tahun 2012, Palestin dipilih menjadi negara memerhati bukan anggota di PBB.

Signifikan sunting

Pengisytiharan wilayah Palestin, seperti yang ditakrifkan oleh sempadan Palestin Bermandat, yang termasuk keseluruhan Negara Israel dan juga Tebing Barat dan genting Gaza. Ia merujuk Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin 1947 dan "resolusi PBB sejak 1947" secara umum sebagai menyediakan legitimasi kepada negara Palestin.

Pelan Pembahagian berfungsi, namun tidak diterima oleh pemimpin Arab Palestin pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pada Septmber 1948, Kerajaan Seluruh Palestin telah diisytihar dalam Genting Gaza sebagai protektorat Mesir dan diiktiraf oleh kebanyakan ahli Liga Arab, yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai percubaan pertama untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka; Kerajaan Seluruh Palestin walau bagaimanapun telah dibubarkan oleh Mesir beberapa tahun kemudia. Pengisytiharan 1988 mengiktiraf. Walau bagaimanapun, sebuah dokumen yang dilampirkan[8] secara jelas menyebut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan kenyataan Yasser Arafat di Geneva sebulan yang lalu diterima oleh Amerika Syarikat sebagai mencukupi untuk mentafsirkan perisytiharan itu sebagai mengiktiraf Israel dalam sempadan sebelum tahun 1967

Rujukan sunting

  1. ^ Dan Cohn-Sherbok,The Palestinian State: A Jewish Justification, Impress Books, 2012 p.105.
  2. ^ Sayigh, 1999, p. 624.
  3. ^ Silverburg, 2002, p. 198.
  4. ^ Tom Lansford, Political Handbook of the World 2014, p. 1628. CQ Press, March 2014.
    "On April 2, 1989, the PLO's Central Council unanimously elected Arafat president of the self-proclaimed Palestinian state and designated Faruk Qaddumi as foreign minister ..."
  5. ^ Madiha Rashid al Madfai, Jordan, the United States and the Middle East Peace Process, 1974-1991, Cambridge Middle East Library, Cambridge University Press (1993). ISBN 0-521-41523-3. p 21.
  6. ^ Berchovitch and Zartman, 2008, p. 43.
  7. ^ Baroud in Page, 2004, p. 161.
  8. ^ "Political Statement accompanying the Palestinian Declaration of Independence". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-04-20. Dicapai pada 2017-11-15.

Bibliografi sunting

  • Kellerman, Aharon (1993). Society and Settlement: Jewish Land of Israel in the Twentieth Century. State University of New York Press. ISBN 0-7914-1295-4.CS1 maint: ref=harv (link)