Rabat
Rabat (Arab: الرباط , transliterasi ar-Rabāṭ or ar-Ribāṭ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar ini memiliki penduduk sebanyak 1.2 juta orang (anggaran 2005). Bandar ini juga merupakan ibu kota kawasan Rabat-Salé-Zemmour-Zaer.
Rabat الرباط ar-Rabāṭ | |
---|---|
Bandar | |
![]() Pemandangan bandar Rabat | |
![]() Imej Rabat oleh NASA | |
![]() Lokasi Rabat di Maghribi | |
Negara | ![]() |
Kawasan | Rabat-Salé-Zemmour-Zaer |
Mula diduduki | Abad ke-3 SM |
Kerajaan | |
• Jenis | Pemerintahan beraja |
• Pemerintah | Mohammed VI |
• Datuk bandar | Omar El Bahraoui |
Luas | |
• Jumlah | 1,088,77 km2 (142.778 batu persegi) |
• Darat | 634,5 km2 (245 batu persegi) |
Ketinggian | 75 m (246 ft) |
Penduduk (2009) | |
• Jumlah | 1,787,307 |
• Kepadatan | 5,321/km2 (13,780/batu persegi) |
Laman web | http://www.rabat.ma/ |
PenamaanSunting
Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab, الرِّبَاط [ar-ribāṭ], sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa رِبَاط الفَتْح [ribāṭu l-fatħ], "ribat pembukaan" yang diperoleh bandar pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan.[2]
IklimSunting
Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.
Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.
PentadbiranSunting
Rabat dibahagikan kepada enam buah daerah, yakni lima buah arrondissement dan sebuah perbandaran (Touraga) seperti di bawah:[3]
- Agdal Riyad
- El Youssoufia
- Hassan
- Souissi
- Touarga
- Yacoub El Mansour
KebudayaanSunting
Rabat menempatkan Teater Mohammed V di pusat bandar.
MuziumSunting
Rabat mempunyai beberapa buah muzium termasuklah:
- Muzium Kesenian Maghribi Udaya
- Muzium Kesenian Moden dan Kotemporari Mohamed VI (Musée Mohamed VI d'Art Moderne et Contemporain)
- Muzium Arkeologi Rabat
- Muzium Antikuiti
Hubungan antarabangsaSunting
Bandar kembarSunting
Rabat mempunyai hubunga bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:
RujukanSunting
- ^ "Hong Kong Observatory". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2009-08-17.
- ^ تاريخ رباط الفتح - عبد الله السويسي (dalam bahasa Arab).
- ^ "Population légale d'après les résultats du RGPH 2014 sur le Bulletin officiel N° 6354" (pdf). Haut-Commissariat au Plan (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2015-07-11.
- ^ "::Bethlehem Municipality::". www.bethlehem-city.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-24. Dicapai pada 2009-10-10.
- ^ "Kardeş Şehirler". Bursa Büyükşehir Belediyesi Basın Koordinasyon Merkez. Tüm Hakları Saklıdır. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-23. Dicapai pada 2013-07-27.
- ^ "Guangzhou and Rabat sign sister city agreement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
- ^ "Lisboa - Geminações de Cidades e Vilas" [Lisbon - Twinning of Cities and Towns]. Associação Nacional de Municípios Portugueses [National Association of Portuguese Municipalities] (dalam bahasa Portuguese). Dicapai pada 2013-08-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portuguese). Dicapai pada 2013-08-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Mapa Mundi de las ciudades hermanadas". Ayuntamiento de Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26.
- ^ "AN^MAR - Red de Hermanamientos entre Ciudades Marroquies y Andaluzas - Convenios y hermanamientas". An-mar.org. 2006-05-01. Dicapai pada 2011-09-15.
- ^ "Cooperation Internationale" (dalam bahasa French). © 2003 City of Tunis Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2008. Dicapai pada 2009-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rabat. |
- (Inggeris) Rabat di tapak rasmi kerajaan Maghribi Diarkibkan 2005-06-11 di Wayback Machine
Rencana berkaitan Maghribi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |