Parti Rakyat Palestin

parti komunis di Palestin

Parti Rakyat Palestin (PPP atau PRP; Arab: حزب الشعب الفلسطيني Hizb asy-Sya'b al-Filastini), diasaskan pada Februari 1982 sebagai Parti Komunis Palestin, adalah sebuah parti politik sosialis di negara Palestin dan diaspora Palestin.

Parti Rakyat Palestin
حزب الشعب الفلسطيني
SingkatanPRP
PemimpinBassam Al-Salhi
PengasasBasyir Barghusi
DitubuhkanFebruari 1982; 42 tahun yang lalu (1982-02)
PecahanParti Komunis Jordan
IdeologiKomunisme
Marxisme
Nasionalisme Palestin[1]

Nasionalisme sayap kiri
Kedudukan politikJauh kiri
Penggabungan kebangsaanPertubuhan Pembebasan Palestin
Perikatan Demokratik
Penggabungan antarabangsaMesyuarat Parti-parti Komunis dan Pekerja Antarabangsa (IMCWP)
Majlis Perundangan Palestin
1 / 132
Bendera parti
Laman sesawang
www.ppp.ps
Politik Negara Palestin
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah sunting

Parti Komunis Palestin yang asal diasaskan di tahun 1919. Sesudah pengasasan negara Israel dan pengilhakan Tebing Barat oleh Jordan, pihak komunis Tebing Barat bergabung ke Parti Komunis Jordan, yang mendapat dukungan penting di antara orang Arab Palestin. Parti ini berhasil membangun posisi yang kuat di dalam gerakan kesatuan sekerja Palestin dan mengekalkan kepopularan di Tebing Barat selama dekad 1970-an, namun dukungan untuk dekad selanjutnya mulai menurun. Di Genting Gaza yang diduduki oleh Mesir, pertubuhan komunis Palestin diasaskan.

Pada Februari 1982, tokoh-tokoh penting komunis Palestin mengadakan persidangan dan membangun ulang sebuah Parti Komunis Palestin. Parti baru ini membangun hubungan dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin, dan bergabung dengan PLO di tahun 1987. Ahli PKP dimasukkan ke dalam in Jawatan Eksekutif PLO pada bulan April tahun tersebut.[2] PKP menjadi satu-satunya ahli PLO yang bukan berasal dari pertubuhan wira fidayin Palestin

PKP menjadi satu dari empat komponen dari Kesatuan Kepimpinan Nasional untuk Intifadah Pertama, dan memainkan peranan penting dalam mengerahkan sokongan akar umbi untuk pemberontakan.

Di bawah kepimpinan Basyir Barghusi, Parti Komunis Palestin memainkan peranan penting dalam menilai ulang Marxisme-Leninisme sebagai falsafah politik lebih awal dibandingkan pertubuhan komunis lainnya di Timur Tengah. Setelah pembubaran Kesatuan Soviet, namanya berganti di tahun 1991 menjadi Parti Rakyat Palestin, dengan hujah bahawa perjuangan kelas di Palestin ditunda terlebih dahulu mengingat rakyat Palestin masih berperanguntuk pembebasan nasional sehingga seluruh elemen dari masing-masing kelas haruslah bersatu.[3] Pengubahan nama juga mencerminkan suatu tindakan dari parti untuk menjaga jarak dari imej komunisme, ideologi yang dianggap antagonistik kepada agama dunia Muslim; akan tetapi, anggota-anggota parti masih mengaitkan dirinya dengan Marxisme.[3]

Parti ini mula-mula menjadi penyokong Perjanjian Oslo; namun, parti ini kini mengkiritik "kegagalan" proses perdamaian, dan masih mempertahankan tujuannya sebagai negara Palestin Merdeka di Tebing Barat dan Genting Gaza.[3]

Di tahun 2002, setiausaha Mustafa Barghusi keluar dari PRP dan sejumlah pendukung Mustafa Barghusi membentuk Inisiatif Kebangsaan Palestin (PNI).

Pada pilihan raya Januari 2005, calon presiden Bassam as-Salhi mendapat undian sebanyak 2.67%.[4]

Pada pilihan raya perundangan Palestin 2006, PRP membentuk senarai gabungan yang diberi nama Al-badeel untuk menggabungkan parti sayap kiri seperti Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), Kesatuan Demokratik Palestin (PDU) dan calon-calon ahli politik yang bebas. PRP mendapatkan 2.8% undian popular dan memenangkan 2 dari 132 kerusi Badan Legislatif.

Untuk pilihan raya pemerintah tempatan yang mula-mula dijadualkan pada Oktober 2016, PRP merupakan salah satu dari lima puak sayap kiri Palestin yang membentuk senarai gabungan bernama Senarai Perikatan Demokratik.[5] Pada pilihan raya yang diadakan pada 13 Mei 2017, Perikatan memenangkan 5 dari 3,253 kerusi yang dipertandingkan, dan mendapat undian sebanyak 0.32%.

Pada pilihan raya Palestin 2021, PRP ambil bahagian dalam perundingan dengan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP), PNI, DFLP, dan PDU, untuk membentuk senarai gabungan sayap kiri bagi pilihan raya, namun perbezaan di antara PRP dan PFLP membuat perundingan berjalan mundur.[6] PRP akhirnya membentuk senarai gabungan dengan PDU yang disebut sebagai "Kiri Bersatu", yang dipimpin oleh Fadwa Khoder, anggota Politbiro PRP.[7]

Kepimpinan parti sunting

Tokoh terkenal lainnya sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "الفصـل الأول: الحـزب و أهـدافـه". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2015. Dicapai pada 25 November 2015.
  2. ^ Gresh, Alain. Review: Palestinian Communists and the Intifadah. Middle East Report, No. 157, Israel Faces the Uprising. (Mar – Apr. 1989), pp. 34–36. Gresh mengajukan hujah bahawa masuknya PKP ke dalam kepimpinan PLO menunjukkan naiknya pengaruh Kesatuan_Soviet dalam perpolitikan internal Palestin.
  3. ^ a b c "Interview with Palestinian People's Party" The Terminator Line
  4. ^ "News". 12 Januari 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2005.
  5. ^ "Palestinian court suspends local elections". Al Jazeera. 8 September 2016. Dicapai pada 17 April 2020.
  6. ^ "Palestine's splintered left wing fails to unite ahead of elections". Middle East Eye (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2021.
  7. ^ "United Left (PPP and FIDA) – Mapping Palestinian Politics – European Council on Foreign Relations". 31 March 2021.

Pautan luar sunting

Templat:Palestinian political parties