Portal Lubnan
بوابة لبنان

Bendera Lubnan
Bendera Lubnan
Jata negara Lubnan
Jata negara Lubnan
Peta Lubnan dalam Asia.

Lubnan (Arab: لبنان, rumi: Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, pertanian dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.


Kategori

Portal yang berkaitan