Giacomo Puccini

(Dilencongkan daripada Puccini)
Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)


Giacomo Antonio Domenico Michele Secondo Maria Puccini (22 Disember 1858 – 29 November 1924) ialah seorang penggubah Itali terkenal yang mana opera beliau seperti La bohème, Tosca, dan Madama Butterfly antara yang paling kerap dipersembahkan hingga ke hari ini. Melodi tulisan beliau contohnya "O mio babbino caro" dari Gianni Schicchi dan "Nessun dorma" dari Turandot, telah menjadi sebahagian dari tamadun moden dan diterima oleh pendengar muzik termasuk peminat bukan opera. Beliau adalah di antara beberapa penggubah yang berjaya mengubah opera-opera menggunakan teknik-teknik Jerman dan Itali. Puccini juga dianggap sebagai anak didik dan pengganti Giuseppe Verdi.

Walaupun Puccini lebih dikenali untuk opera-operanya, namun beliau juga menulis muzik untuk orkestra, muzik suci, muzik kamar dan lagu untuk suara dan piano.

Masa muda

sunting

Puccini dilahirkan di Lucca, Tuscany, Itali di dalam keluarga generasi ke-5 yang melopori bidang muzik. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun dan beliau dihantar belajar oleh pak cik beliau, Fortunato Magu yang mengganggap beliau sebagai kurang pintar dan tidak berdisiplin. Puccini kemudian mengambil kerjaya sebagai pemain organ di gereja dan juga ketua koir di Lucca. Beliau mendapat inspirasi untuk menjadi penggubah opera apabila menonton persembahan “Aida” oleh penggubah Giuseppe Verdi. Beliau dan rakannya berjalan sejauh 30km hanya untuk menonton persembahan tersebut yang diadakan di Pisa.

Dengan pertolongan keluarganya, pada tahun 1880, Pucini melanjutkan pelajaran di konservatori Milan (Milan conservatory) untuk mempelajari penggubahan muzik bersama Amilcare Ponchielli dan Antonio Bazzini. Pada tahun yang sama pada usia 21 tahun, beliau menggubah Messa, yang dibuat berdasarkan warisan keluarga beliau yang mempunyai kaitan dengan muzik gereja.

Karier

sunting
 
Poster original Tosca

Kerjaseni itu melanjutkan karier Puccini sebagai penggubah opera yang memberi beliau pengaruh kuat kepada kejayaan beliau di masa akan dataing. Ketika belajar di konservatori , Puccini mendapat libreto dari Ferdinando Fontano dan memasuki pertandingan satu babak opera pada 1882. Walau tidak menang, karya beliau Le Villi dipersembahkan pada tahun 1884 di Teatro dal Verme yang mendapat perhatian ketua syarikat G. Ricordi & Co, Giulio Ricordi yang menaja opera ke-2 Puccini, Edgar pada tahun 1889.

Manon Lescaut (1893), opera ke-3 beliau adalah kejayaan beliau yang pertama. Kejayaan ini menjalinkan persahabatan erat dengan libretis-libretis Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa yang kemudiannya menulis untuk 3 lagi opera beliau yang juga menjadi opera paling terkenal sehingga ke hari ini. Opera-opera tersebut adalah :

  • La bohème (1896) di anggap sebagai kerja beliau yang terbaik.
  • Tosca (1900) merupakan kerjaseni Puccini yang pertama yang mempersembahkan cerita kisah hidup sebenar yang penuh tragik termasuk keganasan.
  • Madama Butterfly (1904) yang pada awalnya mendapat banyak bantahan tetapi setelah diubahsuai menjadi opera beliau yang paling berjaya.

Sila lihat kotak maklumat disebelah kanan untuk senarai lengkap opera beliau.

Puccini meninggal dunia pada November 29 1924 akibat dari serangan jantung, sehari selepas pembedahan. Berita kematian beliau sampai di Rom pada waktu pertengahan persembahan La bohème.

Turandot, opera terakhir beliau tidak sempat dihabiskan dan kerja itu kemudiannya disambung oleh Franco Alfano berdasarkan nota ringkas Puccini. Ketika persembahan pembukaan Turandot pada 1926, konduktor Arturo Toscanini memilih tidak memainkan bahagian yang disambung oleh Alfano. Beliau menghentikan persembahan hingga kebahagian terakhir Puccini dan memandang penonton sambil berkata "Opera ini berakhir di sini kerana Maestro Puccini meninggal pada bahagian ini”. Namun sesetengah orang berkata, beliau menggunakan kata-kata yang berpuisi “Di sinilah Maestro Puccini meletakkan pen beliau”

Opera-opera Puccini

sunting
 
Giacomo Puccini bersama konduktor Arturo Toscanini
  • Le Villi, libreto oleh Ferdindano Fontana ( opera satu babak – pertamakali dipersembahkan di Teatro dal Verme, 31 Mei 1884)
    • Versi ke-2 (opera dua babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro Regio pada 26 Disember 1884)
    • Versi ke-3 (opera dua babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro alla Scala pada 24 Januari 1885)
    • Versi ke-4 (opera dua babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro dal Verme pada 7 November 1889)
  • Edgar, libreto oleh Ferdindano Fontana (opera empat babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro alla Scala pada 21 April 1889)
    • Versi ke-2 (opera empat babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro del Giglio pada 5 September 1891)
    • Versi ke-3 (opera tiga babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro Comunale pada 28 Januari 1892)
    • Versi ke-4 (opera tiga babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro Colón di Buenos Aires pada 8 Julai 1905)
  • Manon Lescaut, libreto oleh Luigi Illica, Marco Praga dan Domenico Oliva (pertamakali dipersembahkan di Teatro Regio pada 1 Februari 1893)
    • Versi ke-2 (pertamakali dipersembahkan di Teatro Coccia pada 21 Disember 1893)
  • La bohème, libreto oleh Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa (pertamakali dipersembahkan di Teatro Regio pada 1 Februari 1896)
  • Tosca, libreto oleh Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa (pertamakali dipersembahkan di Teatro Costanzi pada 14 Januari 1900)
  • Madama Butterfly, libreto oleh Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa (opera dua babak– pertamakali dipersembahkan di Teatro alla Scala pada 17 Februari 1904)
    • Versi ke-2 (opera dua babak – pertamakali dipersembahkan di Teatro Grdane di Brescia pada 28 Mei 1904)
    • Versi ke-3 ( pertamakali dipersembahkan di Covent Garden, London pada 10 Julai 1905)
    • Versi ke-4 (pertamakali dipersembahkan di Opéra Comique di Paris pada 28 Disember 1906)
    • Versi ke-5 (pertamakali dipersembahkan di Teatro Carcano pada 9 Disember 1920)
  • La fanciulla del West, libreto oleh Guelfo Civinini dan Carlo Zangarini (pertamakali dipersembahkan di Metropolitan Opera pada 10 Disember 1910)
  • La rondine, libreto oleh Giuseppe Adami (pertamakali dipersembahkan di Opéra of Monte Carlo pada 27 Mac 1917)
    • Versi ke-2 (pertamakali dipersembahkan di Opéra of Monte Carlo pada 10 April 1920)
    • Versi ke-3 (pertamakali dipersembahkan di Teatro Verdi pada 11 April 1924)
  • Il trittico: Il tabarro, libreto oleh Giuseppe Adami, Suor Angelica, Gianni Schicchi, libreto oleh Giovacchino Forzano (pertamakali dipersembahkan di Metropolitan Opera pada 14 Disember 1918)
  • Turandot, libreto oleh Renato Simoni dan Giuseppe Adami (tidak sempat dihabiskan oleh Puccini, disambung oleh Franco Alfano: pertamakali dipersembahkan di Teatro alla Scala pada 25 April 1926)

Lain-lain kerja seni Puccini dan pengubah suaian opera

sunting
  • Messa ( Lucca, 1880)
  • Preludio Sinfonico in A major (Milan, 1882)
  • Capriccio Sinfonico (Milan, 1883)
  • Le Villi (31-Mei-1884, Teatro dal Verme, Milan)
  • Le Villi [ubahsuai] (26-Dec-1884, Teatro Regio di Torino )
  • Edgar (21-Apr-1889, Teatro alla Scala, Milan)
  • Crisantemi ( 1890, "Alla memoria di Amadeo di Savoia Duca d'Aosta")
  • Edgar [ubahsuai] (5-Sep-1891, Teatro del Giglio, Lucca)
  • Minuetto n.1 (String Quartet, diterbitkan pada 1892, "A.S.A.R. Vittoria Augusta di Borbone, Principessa di Capua")
  • Minuetto n.2 (String Quartet, diterbitkan pada 1892, "All'esimio violinista prof. Augusto Michelangeli")
  • Minuetto n.3 (String Quartet, diterbitkan pada 1892, "All'amico maestro Carlo Carignani")
  • Edgar [ubahsuai 2] (28-Feb-1892, Teatro Comunale, Ferrara)
  • Manon Lescaut (1-Feb-1893, Teatro Regio di Torino )
  • La bohème (1-Feb-1896, Teatro Regio, Turin)
  • Tosca (14-Jan-1900, Teatro Costanzi, Rom)
  • Madama Butterfly (17-Feb-1904, Teatro alla Scala, Milan)
  • Madama Butterfly [ubahsuai] (28-Mei-1904, Teatro Grdane, Brescia)
  • Edgar [ubahsuai 3] (8-Jun-1905, Teatro Colón, Buenos Aires)
  • Madama Butterfly [ubahsuai 2] (10-Jul-1905, Royal Opera House,Covent Garden, London)
  • Madama Butterfly [ubahsuai 3] (28-Dis-1905, Opéra Comique , Paris)
  • La fanciulla del West (10-Dis-1910, Metropolitan Opera, New York)
  • La rondine (27-Mac-1917, Opéra de Monte-Carlo , Monte Carlo)
  • Il trittico (14-Dis-1918, Metropolitan Opera, New York):
    • Il tabarro
    • Suor Angelica
    • Gianni Schicchi
  • Turandot (25-Apr-1926, Teatro alla Scala, Milan)


Lihat juga

sunting

Buku rujukan

sunting
  • Lynn, Karyl Charna (2005). Italian Opera Houses dan Festivals. Lanham, MD: The Scarecrow Press. ISBN 0810853590. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Puccini, Simonetta (ed.) (2006). Giacomo Puccini in Torre del Lago. Viareggio, Tuscany: Friends of Giacomo Puccini's Houses Association.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Phillips-Matz (2002). Puccini: a biography. Boston: Northeastern University Press. ISBN 1555535305. Unknown parameter |pertama= ignored (bantuan)

Pautan luar

sunting