Buka menu utama
Leonardo da Vinci, tokoh Zaman Pembaharuan Itali

Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 – 2 Mei 1519), lebih dikenali sebagai Leonardo da Vinci merupakan pakar dalam pelbagai bidang Itali pada zaman Renaissance.

Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti Ultima Cena dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.

Kehidupan peribadiSunting

Kisah hidupnya digambarkan dalam biografi Vite oleh Giorgio Vasari.

Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali. Bapanya, Ser Piero da Vinci, merupakan tuan tanah dan tukang yang kaya manakala ibunya Caterina merupakan seorang anak gadis petani. Ada yang menghujah bahawa Caterina merupakan keturunan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh.

Zamannya merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti "Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" ("Saya, Leonardo"). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos," bukannya "da Vincis." Kemungkinannya dia tidak menggunakan nama bapanya kerana statusnya sebagai seorang anak luar nikah.

Leonardo membesar dengan bapanya di Firenze. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Firenze.

Kemahiran seniSunting

Kepakaran dalam bidang sainsSunting

AnatomiSunting

KejuruteraanSunting

Makalah-makalah milik da Vinci mengandungi lakaran pelbagai ciptaan, tidak kiralah sama ada ia bisa berfungsi setelah dibina mahupun sebaliknya; ia merangkumi alat muzik, jentera mekanikal, pam hidraulik serta meriam wap.[1][2] Beliau turut minat akan aspek fizik di sebalik penerbangan melalui penghasilan banyak kajian terutamanya dalam Codice sul volo degli uccelli ("Kodeks perihal Penerbangan Burung" - Codex on the Flight of Birds, s. 1505) serta juga lakaran mesin tertentu seperti suatu mesin terbang yang mengepak sayap pesawat seakan burung (ornithopter) dan sejenis mesin dengan rotor berpilin.[3]

Impak dan reputasiSunting

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan LB tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DA tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DA2 tidak disediakan

Pautan luarSunting