Buka menu utama
"Kerajaan Perancis" dilencongkan ke sini. Untuk topik berbeza berkaitan namun dirujuk dengan istilah yang sama, sila lihat Kerajaan Perancis (nyahkekaburan).
Rencana ini ialah mengenai sebuah negara beraja - atau "kerajaan" yang wujud dalam beberapa zaman yang kini membentuk republik Perancis. Untuk kerajaan beraja selepas Napoleon yang wujud antara tahun 1814 sehingga 1830, sila lihat Pemulihan Bourbon. Untuk kerajaan beraja yang dibentuk selepas Revolusi Julai 1830, sila lihat Monarki Julai.

Kerajaan Beraja Perancis (Bahasa Perancis: Royaume de France) adalah sebuah kerajaan beraja pada zaman pertengahan dan moden awal yang terletak di Eropah Barat. Ia merupakan negara pendahulu kepada Republik Perancis moden. Kerajaan Beraja Perancis adalah sebuah negara paling berkuasa di Eropah, sebuah kuasa besar sejak Zaman Pertengahan Akhir dan Perang Seratus Tahun. Ia juga adalah kuasa penjajah awal, dan mempunyai jajahan di seluruh dunia.

Kerajaan Beraja Perancis

Royaume de France
  • 987–1792
  • 1814–1815
  • 1815–1848
Flag of Perancis
Royal Standard of the King of France.svg
{{{coat_alt}}}
Flag Jata
(1589–1790)
Cogan kata: Montjoie Saint Denis!
Lagu kebangsaan: Marche Henri IV
"Marsa Henri IV"
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1789.
Ibu kotaParis (900–1682)
Versailles (1682–1789)
Paris (1789–1791)
Bahasa lazimLatin; Perancis dan dialek Romawi Gaul lain-lain; Lain-lain.
Agama
Katolik Rom
PemerintahanMonarki feudal (zaman pertengahan)
Monarki Mutlak (moden awal)
Raja 
• 843–877
Karl II
• 987–996
Hugh Capet
• 1180–1223
Philip II dari Perancis
• 1589–1610
Henry IV
• 1643–1715
Louis XIV
• 1774–1791
Louis XVI
Perdana Menteri 
• 1589–1611
Maximilien Béthune (pertama)
• 1790–1791
Armand Marc (terakhir)
PerundanganEstates General
Era sejarahZaman Pertengahan / Moden Awal
10 Ogos 843
987–1328
1328–1589
1589–1791
5 Mei 1789
Monarki Beperlembagaan diistiharkan
Mata wangLivre, Franc,
Écu, Louis d'or
Didahului oleh
Diganti oleh
Francia Barat
Kerajaan Beraja Perancis (1791–92)
Hari ini sebahagian daripada Perancis
 Belgium
 Luxembourg
 Jerman
 Switzerland

Kerajaan ini dahulunya wujud berasal daripada Francia Barat (Francia Occidentalis), separuh bahagian barat daripada Empayar Carolus ekoran Perjanjian Verdun (843). Satu cabang dari dinasti yang memerintah empayar ini terus memerintah sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet telah dipilih sebagai raja dan mengasaskan dinasti Capet. Wilayah ini kekali dikenali sebagai Francia dan pemerintahnya sebagai rex Francorum ("raja bagi orang Frank") sehingga Zaman Pertengahan Tinggi. Raja pertama yang memanggil diri beliau sebagai roi de France ("raja Perancis") adalah Philip II, pada tahun 1190. Perancis terus diperintah oleh pewaris Capet dan cabangnya iaitu Valois dan Bourbon sehingga sistem monarki dihapuskan pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis.

Perancis pada Zaman Pertengahan adalah sebuah negara tidak berpusat, dengan sistem monarki feudal. Di Brittany dan Catalonia (kini sebahagian daripada Sepanyol) kekuasaan raja Perancis tidak dirasai. Lorraine dan Provence merupakan negeri-negeri dalam Empayar Rom Suci dan tidak lagi menajdi sebahagian daripada Perancis. Awalnya, raja-raja Frankia Barat dipilih oleh bangsawan sekular dan paderi, tetapi kebiasaan pertabalan kepada anak lelaki sulung dari raja yang memerintah semasa masa raja masih hidup mewujudkan asas pewarisan kepada anak lelaki, yang mana menjadi peraturan dalam Undang-undang Salic. Semasa Zaman Pertengahan, Raja England menuntut takhta Perancis, mengakibatkan sebuah siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Seratus Tahun (1337–1453). Selepas itu, Perancis cuba melebarkan pengaruhnya ke Itali, tetapi telah dikalahkan oleh Sepanyol semasa Perang Itali (1494–1559).

Perancis pada Zaman Moden Awal mula berpusat; bahasa Perancis mula digunakan dan mengantikan bahasa-bahasa lain dalam kegunaan rasmi, dan sistem monarki mendapat kuasa mutlak, meskipun sistem pentadbiran (Ancien Régime) disukarkan oleh sejarah dan ketidakseragaman dalam percukaian wilayah, undang-undang, kehakiman, dan pembahagian paderi, dan prerogatif tempatan. Perancis yang beragama mula berpecah kepada majoriti Katolik dan minoriti Protestant iaitu golongan Huguenot. Selepas beberapa siri perang saudara, Perang Agama (1562–1598), toleransi telah diberikan kepada Huguenot seperti yang tercatat dalam Edik Nantes. Perancis mununtut sebahagian besar wilayah Amerika Utara, yang dikenali sebagai New France. Perang dengan Great Britain menyebabkan kehilangan banyak wilayah ini pada menjelang tahun 1763. Campurtangan Perancis semasa Perang Revolusi Amerika telah membantu kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kerajaan Beraja Perancis menerima pakai perlembagaan bertulis pada tahun 1791, tetapi kerajaan ini kemudian dibubarkan setahun kemudian dan digantikan dengan Republik Perancis Pertama. Monarki dipulihkan semula oleh kuasa-kuassa besar lain pada tahun 1814 dan bertahan (kecuali semaa Seratus Hari pada tahun 1815) sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1848.

Jajahan dan wilayahSunting

 
Francia Barat semasa zaman Hugh Capet. Daerah Diraja ditandakan dalam warna biru
 
Kerajaan Beraja Perancis pada tahun 1030 (Daerah Diraja berwarna biru muda)
 
Perkembangan wilayah di bawah Philip August (Philip II), 1180–1223

Sebelum kurun ke-13, hanya sebahagian kecil wilayah yang kini berada dalam negara Perancis berada di bawah kawalan raja Frank; di utara adalah wilayah Viking yang menubuhkan Duchy Normandy; di barat, Count Anjou wujud sebagai sebuah pesaing yang berkuasa, yang mana pada akhir kurun ke-11 telah memerintah "Empayar Angev", yang mana termasuk Kerajaan Beraja England. Apabila Perancis berada di bawah kekuasaan Philip II dari Perancis, sebahagian besar wilayah Francia Barat berada di bawah kawalan raja-raja Frank, dan Philip merupakan raja pertama yang mengelar diri beliau sebagai "Raja Perancis" (1190). Pembahagian Perancis di antara raja-raja Angev (Plantagenet) dari England dan raja-raja Capet dari Perancis menyebabkan Perang Seratus Tahun, yang mana Perancis telah berjaya mendapatkan semula penguasaan ke atas wilayah asalnya pada pertengahan kurun ke-15. Bahagian yang kini terletak di timur Perancis (Lorraine, Arelat) bukan merupakan sebahagian daripada Francia Barat dan hanya dimasukkan ke dalam kerajaan ini pada zaman moden awal.

Wilayah yang diwarisi daripada Francia Barat:

  Daerah di bawah raja Frank (daerah diraja atau demesne, lihat Tanah Takhta Perancis)
Vasal di bawah raja Perancis pada kurun ke-10 sehingga kurun ke-12:

Perolehan pada kurun ke-13 dan kurun ke-14:

Perolehan daripada raja-raja Plantagenet di England dengan kemenangan Perancis dalam Perang Seratus Tahun pada tahun 1453

Perolehan selepas penghujung Perang Seratus Tahun:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Bacaan lanjutSunting

  • Beik, William. A Social and Cultural History of Early Modern France (2009) excerpt and text search
  • Caron, François. An Economic History of Modern France (1979) online edition
  • Doyle, William. Old Regime France: 1648–1788 (2001) excerpt and text search
  • Duby, Georges. France in the Middle Ages 987–1460: From Hugh Capet to Joan of Arc (1993), survey by a leader of the Annales School excerpt and text search
  • Fierro, Alfred. Historical Dictionary of Paris (1998) 392pp, an abridged translation of his Histoire et dictionnaire de Paris (1996), 1580pp
  • Goubert, Pierre. The Course of French History (1991), standard French textbook excerpt and text search; also complete text online
  • Goubert, Pierre. Louis XIV and Twenty Million Frenchmen (1972), social history from Annales School
  • Haine, W. Scott. The History of France (2000), 280 pp. textbook. and text search; also online edition
  • Holt, Mack P. Renaissance and Reformation France: 1500–1648 (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin, and Emmanuel Le Roy Ladurie. The Cambridge Illustrated History of France (1999) excerpt and text search
  • Jones, Colin. The Great Nation: France from Louis XV to Napoleon (2002) excerpt and text search
  • Jones, Colin. Paris: Biography of a City (2004), 592pp; comprehensive history by a leading British scholar excerpt and text search
  • Le Roy Ladurie, Emmanuel. The Ancien Régime: A History of France 1610–1774 (1999), survey by leader of the Annales School excerpt and text search
  • Potter, David. France in the Later Middle Ages 1200–1500, (2003) excerpt and text search
  • Potter, David. A History of France, 1460–1560: The Emergence of a Nation-State (1995)
  • Price, Roger. A Concise History of France (1993) excerpt and text search
  • Raymond, Gino. Historical Dictionary of France (2nd ed. 2008) 528pp
  • Roche, Daniel. France in the Enlightenment (1998), wide-ranging history 1700-1789 excerpt and text search
  • Wolf, John B. Louis XIV (1968), the standard scholarly biography online edition

SejarahSunting

  • Gildea, Robert. The Past in French History (1996)
  • Nora, Pierre, ed. Realms of Memory: Rethinking the French Past (3 vol, 1996), essays by scholars; excerpt and text search; vol 2 excerpts; vol 3 excerpts
  • Pinkney, David H. "Two Thousand Years of Paris," Journal of Modern History (1951) 23#3 pp. 262–264 in JSTOR
  • Revel, Jacques, and Lynn Hunt, eds. Histories: French Constructions of the Past (1995). 654pp, 64 essays; emphasis on Annales School
  • Symes, Carol. "The Middle Ages between Nationalism and Colonialism," French Historical Studies (Winter 2011) 34#1 pp 37–46
  • Thébaud, Françoise. "Writing Women's and Gender History in France: A National Narrative?" Journal of Women's History (2007) 19#1 pp. 167–172 in Project Muse

Templat:France topics