Septimania
Septimania (Perancis: Septimanie ,; Occitan: Septimània , ; Catalan: Septimània , ialah wilayah barat jajahan Rom Gallia Narbonensis yang jatuh kepada penguasaan Visigoth dalam tahun 462 CE, apabila Septimania diserahkan kepada raja mereka, Theodoric II. Ia dikenali sebagai Galia atau Narbonensis semasa di bawah penguasaan Visigoth. Ia hampir sama dengan wilayah moden Perancis Languedoc-Roussillon. Pada abad ke-8, ia dikuasai buat beberapa ketika oleh Amiriah Cordoba, sebelum ditakluk oleh Frank yang pada akhir abad ke-9 telah menamakannya Gothia atau Marca Gothica (Wilayah March Goth).
Septimania menjadi march Empayar Carolingian dan kemudiannya Francia Barat sehinggalah abad ke-13, walaupun dari segi budaya dan politik ianya terpisah daripada Perancis utara dan kerajaan pusat. Wilayah itu di bawah pengaruh Toulouse, Provence, dan Catalonia. Ia sebahagian daripada wilayah budaya dan bahasa yang disebut Occitania yang akhirnya diletakkan di bawah pemerintahan Perancis pada awal abad ke-13, akibat Perang Salib Albigensian. Ia dikenalis sebagai Languedoc dari akhir abad ke-13 dan selepas itu sejarahnya terikat dengan Perancis.
Nama Septimania mungkin terbitan nama Romawi bagi bandar Beziers, yakni Colonia Julia Septimanorum Beaterrae, yang mengambil sempena petempatan bekas tentera Legion Romawi ke-VII di bandar itu. Berkemungkinan juga nama Septimania merujuk kepada tujuh bandar (civitates) di wilayah tersebut: Béziers, Elne, Agde, Narbonne, Lodeve, Maguelonne, and Nimes. Septimania merangkumi kawasan garisan pertengahan di antara laut Mediterranean dan Sungai Garonne di arah barat laut; di arah timur, sungai Rhône memisahkannya dari Provence; dan di selatan sempadannya ialah Pyrenees.
Nota
suntingSumber
sunting- Bachrach, Bernard S. Merovingian Military Organization, 481–751. Minneapolis: University of Minnesota Press, 1971.
- Collins, Roger. The Arab Conquest of Spain, 710–97. Oxford University Press, 1989.
- Collins, Roger. Visigothic Spain, 409–711. Blackwell Publishing, 2004.
- James, Edward. "Septimania and its Frontier: An Archaeological Approach." Visigothic Spain: New Approaches. Edward James (ed). Oxford: Clarendon Press, 1980.
- Lewis, Archibald Ross. The Development of Southern French and Catalan Society, 718–1050. University of Texas Press: Austin, 1965.
- McKenna, Stephen. Paganism and Pagan Survivals in Spain up to the Fall of the Visigothic Kingdom. Catholic University of America Press: 1938.
- Thompson, E. A. The Goths in Spain. Oxford: Clarendon Press, 1969.
- Zuckerman, Arthur J. A Jewish Princedom in Feudal France 768-900 Columbia University Press, New York, 1965, 1972 [ISBN 0-231-03298-6].