Carabinieri

Carabinieri [ˌkäˑɾäbiˈnjɛːɾi, ka-ra-bi-né-ri] atau Askar Karbin - dalam maksud lain Askar Raifal (bekas Arma dei carabinieri, "Pasukan Carabineer" atau sebelum itu Corpo dei Carabinieri Reali "Kor Carabinier diraja") ialah pasukan polis tentera kebangsaan Itali yang bertanggungjawab mengawasi tentera dan penduduk awam.

Pasukan Carabineer
Arma dei carabinieri
Simbol Kebangsawanan Carabinieri
Simbol Kebangsawanan Carabinieri
Bom tangan berapi (simbol gendarmerie)
Bom tangan berapi (simbol gendarmerie)
Nama biasaCarabinieri
MotoNei Secoli Fedele
"Setia sepanjang abad"
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan13 Julai, 1814
Struktur bidang kuasa
Agensi negaraItali
Bidang kuasa operasiItali
Perbadanan umum
Struktur operasi
Ibu pejabatRoma, Itali
Ahli bersumpah117,943
Pegawai bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Notables
Ulang tahun
  • 5 Julai
Laman web
http://www.carabinieri.it

Ia pada asalnya ditubuhkan sebagai Pengawal Diraja (Carabinieri Guardie) yang mengawal istana serta melindungi Raja Itali dari sebarang ancaman dan bertindak sebagai pasukan polis Kerajaan Sardinia. Sewaktu proses Penyatuan Itali, ia telah dilantik "Pasukan Pertama" organisasi baru tentera kebangsaan. Walaupun pihak ini banyak terlibat dalam menumpaskan pembangkang politik rejim pemerintahan Benito Mussolini, namun mereka juga dipertanggungjawabkan atas pelemahan kuasa Mussolini sehingga banyak unit diharamkan oleh sekutu Jerman Nazi; hal ini menyebabkan sejumlah besar askar Carabinieri menyertai gerakan pemberontak Itali.

Sejak tahun 2001, ia telah menjadi salah satu dari empat cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Itali.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting