Rom

(Dilencongkan dari Roma)

Rum[3] (Jawi: روم, Latin dan Itali: Roma [ˈroma]; bahasa Inggeris: Rome juga dimelayukan kepada Rom) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.[4] OECD menganggarkan Kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[5] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.

Rum/Rom

Roma
Bendera bagi Rum/Rom
Nama panggilan: 
The Eternal City
Moto: 
Senātus Populusque Rōmānus (SPQR)  (Latin)
NegaraItali
KawasanLazio
WilayahRom (RM)
Diasaskan21 April 753 SM (tradisional)
Kerajaan
 • Datuk BandarGianni Alemanno
Ketinggian
+20 m (66 ft)
Penduduk
 (31 Disember 2019)
 • KedudukanPertama (Itali)
Ketiga (Kesatuan Eropah)
 • Kepadatan2,236/km2 (5,790/batu persegi)
 • Komun
2,860,009[1]
 • Bandar metropolitan
4,342,212[2]
Poskod
00121 to 00199
Kod kawasan06
Santo penaungSanto Petrus dan Santo Paulus
Laman webcomune.roma.it
Pusat Bersejarah Rom, Hartanah Takhta Suci di Bandar dengan Hak Pascawilayah dan San Paolo Fuori le Mura
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Nama asliRoma
Nama rasmiRoma Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1980 (sesi ke-4)
Keluasan1,287.36 km2 (1.38570×1010 ka2)
Laman sesawang
https://comune.roma.it Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiWilayah Rom, Negeri-Negeri Paus, Rome, Rom kuno, Republik Rom, Empayar Rom, Empayar Rom Barat, Metropolitan City of Rome, Itali Sunting ini di Wikidata
Koordinat41°53′35″N 12°28′58″E / 41.8931°N 12.4828°E / 41.8931; 12.4828
Rom is located in Bumi
Rom
Rom (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rum/Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kota Vatikan, wilayah daulat Takhta Suci dan negara paling kecil di dunia.

Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Pembaharuan dan Baroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah,[6] dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia [7]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.

Penamaan sunting

Istilah Rum pinjaman bahasa Arab: رُومRūm menyerap dari Bahasa Parsi Pertengahan hrōm lanjut dari bahasa Parsawi frwm menerus dari kata Yunani Purba Ῥώμη.[8] Pengungkapan ini merangkumi seluruh kawasan pernah diliputi kekuasaan empayar pusat kota ini termasuk tanah Anatolia di Turki moden yang kemudiannya diserahkan kepada Empayar Byzantium yang pecah,[9] kerajaan Rum Byzantium yang bersinambungan ini pula diabadikan dalam pengetahuan orang Arab melalui penurunan surah Ar-Rum kitab Al-Quran ayat 2 hingga 4 yang menyebut mengenai nasib mereka ditumpaskan tentera Sasaniyah di Jerusalem pada 614 Masihi tetapi kemudiannya diramalkan bakal menang dalam satu pertempuran pimpinan Heraklios beberapa tahun kemudian.[9][10][11]

Asal usul sunting

Pada 21 April 753S M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai patricius. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar-bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, dan colloseum. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.

Iklim sunting

Rom memiliki iklim Mediterranean bermusim panas hangat dan kering (pengelasan iklim Köppen: Csa),[12] dan musim sejuk yang dingin dan lembap.

Suhu tahunannya lazimnya bernilai melebihi 20 °C (68 °F) pada siang hari dan 10 °C (50 °F) pada malam. Salji jarang turun tetapi bukannya tidak pernah, dengan salji ringan atau salji yang turun seccara tiba-tiba terjadi pada hampir setiap musim dingin, umumnya tanpa pengumpulan, dan hujan salji besar terjadi sekali setiap 20 atau 25 tahun; kali terakhir terjadi pada tahun 2012.[13] Dalam bulan terdingin (Januari), suhu purata ialah 12 °C (54 °F) ketika siang dan 3 °C (37 °F) ketika malam. Dalam bulan-bulan terpanas (Julai dan Ogos), suhu purata mencecah 30 °C (86 °F) pada waktu siang dan 18 °C (64 °F) pada malam.

Kelembaban relatif purata Rom adalah sekitar 75%, dengan julat daripada 72% pada Julai sampai 77% pada November. Suhu laut berjulat daripada yang terendah mencecah 13 °C (55 °F) pada Februari dan Mac sehingga nilai tertinggi iaitu 24 °C (75 °F) pada bulan Ogos.[14]

Ekonomi sunting

Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion),[15] bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.[15] Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.[15]

Kebudayaan sunting

Seni bina sunting

Bidang seni bina di Rom telah berkembang selama berabad-abad lamanya, terutamanya dari gaya Rom Imperial dan Klasik sampai seni bina fasis moden. Rom pada satu tahap pernah menjadi salah satu pusat-pusat seni bina klasik utama dunia dengan mengembangkan bentuk-bentuk seni bina baharu seperti gerbang, kubah, dan kekubah.[16] Gaya Romanesque pada abad ke-11 hingga ke-13 juga banyak digunakan dalam seni bina tempatan, dan seterusnya, kota ini menjadi salah satu pusat-pusat utama seni bina Renaissance, Baroque, dan neoklasik.[16]

Pendidikan sunting

Rom merupakan salah satu pusat utama pendidikan tinggi kebangsaan dan antarabangsa yang meliputi banyak akademi, isntitut pengajian tinggi, dan universiti. Rom memiliki pelbagai akademi dan institut pengajian tinggi, serta sentiasa menjadi pusat utama pendidikan dan inteletual di seluruh dunia, khususnya sepanjang zaman Rom purba dan Renaissansce, bersama-sama dengan Firenze (Florence).[17] Menurut Indeks Penjenamaan Bandar, Roma dipandang sebagai bandar kedua di dunia yang paling indah dan menarik dari segi budaya, pendidikan, dan sejarah.[18]

Universiti pertamanya, La Sapienza (didirikan pada 1303), merupakan salah satu universiti-universiti terbesar di dunia, dengan lebih daripada 140,000 orang mahasiswa; Universiti Sapienza pada 2005 diberi kedudukan sebagai universiti ke-33 terbaik di Eropah[19] dan pada tahun 2013 menempati peringkat ke-62 di dunia serta teratas di Itali.[20]

Bandar berkembar sunting

Rom mempunyai satu bandar kembar, dan sejumlah bandar rakan kongsi:

Bandar berkembar sunting

  •   Paris, Perancis (Perancis: Seule Paris est digne de Rome; seule Rome est digne de Paris; Itali: Solo Parigi è degna di Roma; solo Roma è degna di Parigi; bahasa Inggeris: Only Paris is worthy of Rome; only Rome is worthy of Paris).[21]

Bandar rakan kongsi sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "I numeri di Roma Capitale" (PDF). Comune di Roma. 31 Disember 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 May 2020. Dicapai pada 4 Mei 2020.
  2. ^ "Popolazione residente al 1° gennaio".
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Rum". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 353 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ "Urban Audit". Urbanaudit.org. Dicapai pada 2009-03-03.
  5. ^ OECD. "Competitive Cities in the Global Economy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2009-04-30.
  6. ^ Caroline Bremner. "Top 150 City Destinations London Leads the Way". Euromonitor International. Dicapai pada 2008-11-09.
  7. ^ http://whc.unesco.org/en/list/91 - Masukan mengenai Rom di tapak rasmi Pusat Warisan Dunia UNESCO
  8. ^ Shukurov 2020, m/s. 145.
  9. ^ a b Babinger 1987, m/s. 1174.
  10. ^ "Ar-Rum ayat 2-4". Quran.com. Dicapai pada 26 Dis 2022.
  11. ^ Norman Geisler; Abdul Saleeb (2002). Answering Islam: The Crescent in Light of the Cross (ed. revised). Baker Books. m/s. 107. ISBN 9780801064302.
  12. ^ "World Map of Köppen−Geiger Climate Classification".
  13. ^ "Storia della neve a Roma". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 2 Oktober 2014.
  14. ^ Rome Climate. Retrieved 9 August 2012
  15. ^ a b c "Rapporto Censis 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-18. Dicapai pada 2009-05-08.
  16. ^ a b Eyewitness Travel (2006), pg.36–37.
  17. ^ "Roman Academies". Catholic Encyclopedia. Newadvent.org. 1 March 1907. Dicapai pada 3 February 2010.
  18. ^ "How the world views its cities" – The Anholt City Brands Index 2006[pautan mati]
  19. ^ "Arwu.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-29. Dicapai pada 2020-12-26.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  20. ^ "http://cwur.org/top100.html". Center for World University Rankings. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2013. Dicapai pada 17 Julai 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); External link in |title= (bantuan)
  21. ^ "International relations: Special partners". Portal of the City of Paris. Dicapai pada 2008-11-09.
Sumber
  • Babinger, Franz (1987). "Rūm". Dalam Houtsma, M. Th.; Wensinck, A.J.; Levi-Provencal, E.; Gibb, H.A.R. (penyunting). E.J. Brill's First Encyclopaedia of Islam, 1913–1936. 6. Brill.
  • Shukurov, Rustam (2020). "Grasping the Magnitude: Saljuq Rum between Byzantium and Persia". Dalam Canby, Sheila; Beyazit, Deniz; Rugiadi, Martina (penyunting). The Seljuqs and their Successors: Art, Culture and History. Edinburgh University Press. m/s. 144–162. ISBN 978-1474450348.

Nota sunting

  • Lucentini, Mario (2002). La Grande Guida di Roma (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori. ISBN 88-8289-053-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Spoto, Salvatore (1999). Roma Esoterica (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori. ISBN 88-8289-265-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Richard Brilliant (2006). Roman Art. An American's View. Rome: Di Renzo Editore. ISBN 88-8323-085-X.

Pautan luar sunting

Rasmi
Lain-lain