Pandangan Koloseum di waktu siang.

Koloseum ("pentas besar" Bahasa Latin: Colosseum, juga diberi nama Amphitheatrum Flavium - Bahasa Itali: Anfiteatro Flavio) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Koloseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina pada Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72,[1] dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.[2] Koloseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.

Nama kawasan ini datang daripada nama suatu patung tembaga menggambarkan Maharaja Nero iaitu Colossus Neronis, patung tersebut berketinggian 130 kaki atau 40 m. Patung tersebut kemudiannya diolah untuk menyerupai dewa matahari Sol dengan menambahkan "mahkota matahari]]". Patung tersebut menghilang pada abad ke-7 Masihi.

SejarahSunting

PembinaanSunting

Koloseum dibangun pada pemerintahan Vespasianus pada tahun 72 M dan terselesaikan oleh anaknya Titus pada tahun 80 M. Colosseum didirikan berdekatan dengan sebuah istana megah yang sebelumnya dibangun Nero, yang bernama Domus Aurea[3] yang dibangun sesudah kebakaran besar di Roma pada tahun 64 M. Dio Cassius, seorang ahli sejarah. mengatakan bahwa ada sekitar 9000 haiwan buas yang dibunuh dalam masa 100 hari perayaan peresmian dan pembukaan Colosseum tersebut.

Lantai dari arena Colosseum tertutupi oleh pasir untuk mencegah agar darah haiwan dan manusia yang tertumpah tidak mengalir ke mana-mana.

Zaman kegemilanganSunting

Koloseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir. Koloseum telah dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan.

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Koloseum mengalami kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.

Zaman terkemudianSunting

Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangunkan kembali bahagian-bahagian Koloseum yang telah rosak kerana terbakar. Pada abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan Koloseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi, keluarga Roman.

Zaman modenSunting

Di tahun 1749, ada sebuah bentuk dari pemeliharaan Koloseum. Paus Benedict XIV melarang untuk menggunakan Koloseum sebagai tempat perlombongan. Di tahun 2000 ada sebuah protes keras di Itali dalam rangka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia (di Itali, hukuman mati dihapuskan pada tahun 1948). Beberapa tunjuk perasaan memakai tempat di depan Koloseum. Sejak saat itu, sebagai sebuah isyarat menentang hukuman mati tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Koloseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan penerangan berupa lilin dan lampu neon sampai pada saat di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.

 
Pemandangan Koloseum di malam hari
 
Koloseum

BinaanSunting

LuaranSunting

DalamanSunting

RujukanSunting

  1. ^ The full history of the Colosseum
  2. ^ BBC's History of the Colosseum
  3. ^ Claridge, Amanda (1998), Rome: An Oxford Archaeological Guide, First, Oxford, UK: Oxford University Press, 1998, 276–282. ISBN 0-19-288003-9.

Pautan luarSunting