Majlis Eropah

Majlis Eropah (bahasa Inggeris: Council of Europe) merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengandungi 47 negara di benua Eropah kecuali Belarus dan Kazakhstan. Kanada, Jepun, Mexico, Amerika Syarikat dan Takhta Suci merupakan pemerhati dalam Majlis manakala Kanada, Israel dan Mexico merupakan pemerhati dalam Perhimpunan Parlimen.

Majlis Eropah
Conseil de l'Europe
Conseil de l'Europe
Fail:Council of Europe logo (2013 revised version).png
Logo
Council of Europe (orthographic projection).svg
Singkatan
CoE
PembentukanPerjanjian London 1949
JenisPertubuhan antara kerajaan rantau
Ibu pejabatStrasbourg, Perancis
Lokasi
Ahli
  • 47 negara anggota
  • 5 pemerhati Majlis
  • 3 pemerhati Dewan
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, Bahasa Perancis
Bahasa kerja lain: Bahasa Jerman, Bahasa Itali, Bahasa Rusia
Setiausaha agungThorbjørn Jagland
Deputy Secretary GeneralGabriella Battaini-Dragoni
Presiden Perhimpunan Parlimen Parliamentary AssemblyMichele Nicoletti
Presiden Jawatankuasa MenteriMarija Pejčinović Burić
Presiden KongresJean-Claude Frécon
Laman web rasmiwww.coe.int

Ahli-ahli dan negara bukan ahli Majlis Eropah telah menandatangani beberapa perjanjian penting, antaranya Konvensyen Jenayah Siber, Konvensyen Antipenyalahgunaan Dadah (Anti-doping convention), Konvensyen Perlindungan Habitat Semula jadi dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

Bahasa rasmi Majlis Eropah ialah bahasa Inggeris dan Perancis, manakala bahasa Jerman, Itali dan Rusia digunakan sebagai bahasa kerja dalam Perhimpunan Parlimen.

Majlis Eropah beribu pejabat di Istana Eropah, Strasbourg, Perancis. Negara-negara di Eropah yang menerima kedaulatan undang-undang dan menjamin hak asasi manusia dan kebebasan rakyatnya dalah dijemput menyertai Majlis Eropah.

Majlis Eropah adalah berbeza daripada Kesatuan Eropah.

PenubuhanSunting

Majlis Eropah ditubuhkan pada 5 Mei 1949 dengan termeterainya Perjanjian London dan disertai oleh 10 negara, iaitu Belgium, Denmark, Perancis, Itali, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sweden dan United Kingdom. Banyak lagi negara Eropah telah menyertai Majlis Eropah selepas itu, terutamanya dalam tempoh 1990-an semasa pendemokrasian negara-negara Eropah Timur dan Tengah.

InstitusiSunting

Badan-badan utama Majlis Eropah termasuklah:

SekretariatSunting

Sekretariat merupakan badan yang mengendalikan urus tadbir harian Majlis Eropah. Sekretariat diketuai oleh Setiausaha Agung.

Jawatankuasa Menteri-menteriSunting

Badan ini merupakan badan pemerintahan yang tertinggi yang dianggotai oleh Menteri-menteri Luar Negeri ssetiap negara ahli. Menteri-menteri ini mengadakan persidangan hanya sekali setahun. Oleh itu, jawatankuasa ini dikendalikan oleh duta-duta tetap negara ahli.

Perhimpunan Parlimen (PACE)Sunting

Perhimpunan Parlimen mempunyai 626 negara ahli, termasuk dari Kanada, Israel dan Mexico. Badan ini berfungsi seperti parlimen, dan mempunyai kuasa perundangan. Ahli-ahli perhimpunan ini dipetik daripada ahli-ahli parlimen atau majlis perundangan negara-ngara ahli.

Kongres Majlis EropahSunting

Kongres mempunyai 315 ahli dari setiap negara ahli dan bertanggungjawab mengumpul maklumat tentang keadaan dan taraf demokrasi di negara-negara ahli serta memerhati pilihan raya yang diadakan. Badan ini menasihati Jawatankuasa Menteri-menteri dan Perhimpunan Parlimen.

Mahkamah Hak Asasi Manusia EropahSunting

Badan ini ditubuhkan melalui Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah 1950 untuk mengendalikan kes-kes penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Hak Asasi ManusiaSunting

Pemegang jawatan ini mempunyai tugas menimbulkan kesedaran tentang hak asasi manusia, membuat penilaian dan laporan taraf hak asasi manusia serta membuat pengesyoran kepada kerajaan-kerajaan negara ahli.

Badan lain:

Observatori Audiovisual EropahSunting

Badan ini mengumpul dan mengedarkan maklumat industri audiovisual di Eropah.

Direktorat Kualiti Ubat Eropah (EDQM)Sunting

EDQM dianggotai oleh ahli farmasi, kimia, biokimia, biologi, statistik, arkib, juruteknik dan jurutera yang membuat kajian menguji kualiti ubat yang dihasilkan di Eropah.

Kumpulan PompidouSunting

Kumpulan ini berusaha membasmi ketagihan dadah serta pengedaran dadah secara haram.

Suruhanjaya VeniceSunting

Suruhanjaya ini memberi bantuan kepada negara-negara yang sedang menerima demokrasi. Contohnya, Suruhanjaya Venice membantu menyediakan perlembagaan.

Pautan luarSunting