Sungai Rhine
Sungai Rhine, dengan panjang keseluruhannya 1,230 kilometer (820 batu) dan aliran purata melebihi 2,000 meter padu sesaat merupakan antara sungai yang terpanjang dan terpenting di benua Eropah. Nama Rhine ini berasal daripada bahasa Celt, iaitu Renos (yang mengalir), yang berasaskan kata dasar Proto-Indo-Eropah, *rei- (mengalir). Perkataan ini dipercayai menjadi asas kepada kata kerja Inggeris "to run", kata kerja Jerman "rinnen", dan juga perkataan Yunani, "rhëin", dengan kesemuanya membawa maksud mengalir. Perkataan ini juga dikaitkan dengan satu pepatah Greek, Πάντα ῥεῖ καὶ οὐδὲν μένει (semuanya mengalir, tiada yang kaku).
Sungai Rhine dan juga Danube membentuk sebahagian besar sempadan utara Empayar Rom,dan sejak itu,Rhine telah menjadi laluan air terpenting dengan membawa barang-barang dagangan dari kawasan pedalaman.Rhine juga berfungsi sebagai benteng pertahanan,dan juga menjadi asas kepada sempadan serantau mahupun antarabangsa.Pelbagai istana-istana dan kubu-kubu lama disepanjang sungai Rhine membuktikan kepentingannya sebagai laluan air utama - pengguna laluan ini biasanya singgah di sini untuk memunggah barang-barang dagangan.
Geografi
suntingSwitzerland
suntingPunca sungai Rhine terletak di wilayah Graubünden di Banjaran Alps,Switzerland di mana dua cawang utamanya dipanggil Vorderrhein dan Hinterrhein.VorderRhein (Tanduk Rhine) berpunca dari Tasik Tuma berhampiran Oberalp Pass dan mengalir merentasi Ruinalta(Grand Canyon Switzerland).Hinterrhein(Belakang Rhine) bermula dikawasan syurga glasier berdekatan Rhinquellhorn di sempadan selatan Switzerland.Salah satu punca baru Rhine bermula dari Val di Lei di Italy.
Kedua-dua cawang sungai ini bertemu di Reichenau,juga di Graubünden.Dari Reichenau,Rhine mengalir ke utara sebagai Alpenrhein merentasi Chur dan membentuk sempadan dengan Liechtenstein dan juga Austria,yang kemudiannya memenuhi Tasik Constance.Rhine mengalir dari Tasik Constance ke barat sebagai Hochrhein melintasi Rhine Falls dan kemudian bercantum dengan sungai Aare yang menggandakan arus aliran sungai kepada purata 1000 kubik meter padu per saat.Ia membentuk sempadan dengan Jerman sehinggalah Rhine menghala ke utara dengan gelaran Lutut Rhine di Basel.
Jerman dan Perancis
suntingMelintasi Basel sebagai Rhine Atas,sungai ini membentuk satu lembah yang luas yang menjadi sebahagian sempadan selatan antara Jerman dan Perancis sebelum memasuki Jerman di Rheinstetten,dekat Karlsruhe.
Dengan panjang melebihi 1000 kilometer,Rhine adalah sungai terpanjang di Jerman.Di sini Rhine bertemu dengan beberapa lagi cawang sungai utamanya seperti Neckar,Main dan Moselle,yang menyumbang pada purata arus 300 kubik meter padu per saat.
Antara Bingen dan Bonn, Rhine Tengah mengalir merentasi Gaung Rhine,satu landskap yang terbentuk kerana proses hakisan,yang berlaku pada kadar hampir sama dengan satu pergerakan tektonik serantau,yang meninggalkan bahagian sungai tidak berubah tetapi menaikkan aras ketinggian bahagian tanah sekitarnya.Gaung ini agak dalam dan terbentang disepanjang sungai yang terkenal dengan istana-istana dan ladang-ladang anggurnya.Rhine disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO 2002 dan dikenali sebagai Rhine yang romatik dengan mempunyai 40 buah istana dan kubu lama sejak Tahun Pertengahan dan juga perkampungan-perkampungan wain yang menarik.
Walaupun pelbagai industri dapat dilihat disepanjang tebing sungai Rhine bermula di Switzerland lagi,namun kebanyakkan industri ini terletak di Rhine Rendah di kawasan Ruhr Gebiet kerana sungai ini merentasi bandar utama Cologne,Düsseldorf dan Duisberg.Sungai Ruhr,yang bercantum dengan Rhine di Duisberg,amat menakjubkan kerana sangat bersih dan dijadikan air minuman jika diambil kira dengan kepadatan dan jumlah aktiviti industri tebing sungainya.Ruhr menambah sebnyak 70 kubik meter padu per saat aliran air ke dalam Rhine.Walaubagaimanapun,sungai lain dari Ruhr Gebiet,terutamanya Emscher,masih membawa pencemaran kepada Rhine.Menghampiri Belanda,Rhine sekarang mempunyai hampir 2,290 kubik meter padu per saat dan purata lebar melebihi 300 meter.
Belanda
suntingRhine sekarang menghala ke barat dan mamasuki Belanda bersama-sama sungai Meuse dan Scheldt membentuk satu delta yang luas.Kelebaran Rhine adalah paling besar apabila melintasi sempadan Belanda di Spijk,berhampiran Nijmegen dan Arnhem,tetapi sungai ini kemudiannya berpecah kepada 3 cawang utama:Waal, Nederrijn(Rhine Rendah) dan Ijssel.
Dari sini,situasi menjadi lebih rumit,dengan nama "Rhine" tidak lagi dikaitkan dengan aliran utama air. Kebanyakkan air Rhine(dua pertiga) mengalir jauh ke barat melalui Waal dan seterusnya menerusi Merwede dan Nieuwe dan bercantum dengan Meuse,melalui "Holland Diep" dan muara Haringvliet ke dalam Laut Utara.Sungai Beneden Merwede mengalir sebagai sungai Noord di Hardinxveld-Giessendam dan bercantum sungai Lek berdekatan Kinderjijk untuk membentuk Nieuwe Maas,yang kemudiannya mengalir merentasi Rotterdam dan berterusan melalui Het Scheur dan Nieuwe Waterweg ke Laut Utara.Oude Maas pula bergabung dengan Nieuwe Maas di Dordrecht untuk membentuk Het Scheur.
Bandar
suntingBandar raya
suntingBasel, Strasbourg, Breisach, Karlsruhe, Mannheim, Ludwigshafen, Wiesbaden, Mainz, Koblenz, Bonn, Cologne, Düsseldorf, Neuss, Krefeld, Duisburg, Arnhem (Nederrijn), Nijmegen (Waal), Utrecht (Kromme Rijn), Rotterdam (Nieuwe Maas).
Bandar kecil
suntingKonstanz, Schaffhausen,Speyer, Worms, Bingen, Rüdesheim, Neuwied, Andernach, Bad Honnef, Königswinter, Niederkassel, Wesseling, Dormagen, Zons, Monheim, Wesel, Xanten, Emmerich, Zutphen (IJssel), Deventer (IJssel), Zwolle (IJssel), Kampen (IJssel).
Jambatan kereta api
suntingJambatan-jambatan kereta api(dengan stesen-stesen terletak berhampiran di kiri dan kanan tebing sungai):
- Switzerland
- Berpuluh-puluh buah jambatan di Graubünden, terlalu banyak untuk disenaraikan.
- Austria dan Switzerland
- antara Lustenau dan St. Margerethen
- Switzerland
- antara Feuerthalen dan Neuhausen am Rheinfall
- antara Dachsen dan Neuhausen am Rheinfall
- antara Eglisau dan Hüntwangen-Will
- Perancis — Jerman
- Strasbourg — Kehl
- Roeschwoog — Rastatt-Wintersdorf (diganakan sebagai jambatan jalan raya sehingga 1949, ditutup 1960, laluan rel dikekalkan untuk perkhidmatan strategik sehingga 1999)
- Jerman
- Karlsruhe-Maxau — Wörth am Rhein-Maximiliansau
- Germersheim — Philippsburg
- Ludwigshafen — Mannheim
- Worms
- Mainz
- Koblenz
- 2 jambatan antara Köln Hbf and Köln Deutz/Messe (Hohenzollernbrücke)
- Düsseldorf
- Duisburg
- Belanda (di kawasan delta,sungai ini berpecah dan namanya sering kali mengalami perubahan)
- antara Nijmegen dan Elst menyeberangi Waal (kawasan delta utama Rhine)
- antara Zaltbommel dan Geldermalsen menyeberangi Waal, terkenal dalam puisi oleh Martinus Nijhoff
- di Rotterdam merentasi Nieuwe Maas , jambatan lama 'De Hef' - digantikan dengan sebuah terowong. Jauh ke selatan, jambatan utama ialah di Moerdijk.
- antara Elst dan Arnhem menyeberangi Nederrijn (kawasan delta kedua terbesar Rhine)
- antara Culemborg dan Houten menyeberangi Lek (kawasan delta kedua terbesar Rhine jauh ke hilir)
- di Zutphen menyeberangi IJssel (kawasan delta ketiga terbesar Rhine)
- di Deventer menyeberangi IJssel
- di Zwolle menyeberangi IJssel
- dekat Alblas menyeberangi Noord (satu cawang di Rotterdam), sekarang digantikan sebuah terowong.
- between Utrecht dan Zeist menyeberangi Kromme Rijn (berdekatan stesen Bunnik)
- di stesen utama Utrecht menyeberangi Vaartsche Rijn (terusan)
- di stesen utama Utrecht menyeberangi Oude Rijn (dijadikan terusan ke dalam Leidschse Rijn).
- antara Utrecht dan Vleuten, Woerden menyeberangi Amsterdam Rijn-Canal
- antara Utrecht dan Breukelen,Amsterdam menyeberangi Amsterdam Rijn-Canal
Cawang sungai
suntingCawang-cawang sungai dari sumber ke muara:
- Kiri
|
- Kanan
Cabang sungai/alur delta
suntingTerusan-terusan
sunting- Terusan Amsterdam-Rhine
- Terusan Rhine-Main-Danube
- Terusan Scheldt-Rhine
- Terusan Rhine-Herne yang menjadi sambungan kepada Terusan Dortmund-Ems dan Mittellandkanal.