Pasta merupakan sejenis mi, dan ia merupakan makanan ruji untuk makanan tradisional orang Itali[1]. Pasta dikenal pasti pada tahun 1154 di Sicily.[2]. Pasta dibuat dari tepung gandum jenis durum dijadikan doh (tidak dicampur ragi), dicampur dengan air, kemudian dibentuk menjadi pelbagai bentuk. Setiap bentuk tersebut dimasak dan dihidang untuk dijadikan pelbagai jenis hidangan. Ia juga boleh dibuat dari pelbagai jenis tepung bijirin. Telur juga boleh digantikan selain air. Pasta boleh dibahagi kepada dua kategori, kering (pasta secca) dan basah (pasta fresca).

Fail:Title Cuisine 2.jpg
Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan
Teknik penyediaan dan perkakas masak
Perkakas dapur - Teknik
Timbang dan ukur
Ramuan dan jenis makanan

Makanan
Masakan vegetarian
Herba dan Rempah
Keju - Pasta - Pencuci mulut
Roti - Sos - Sup - Teh
Ramuan-ramuan lain

Makanan wilayah
Afrika - Asia - Asia Selatan
Amerika Latin - Amerika Utara
Caribbean - Eropah
Tengah Timur
Makanan-makanan lain...
Lihat juga:
Dapur - Hidangan
Tukang masak terkenal
Wikibuku: Buku masakan
Pasta
Variasi pasta yang dijual di Itali
JenisMi
Tempat asalItali
Bahan utamaTepung gandum Durum
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, rolled dough Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jenis sunting

Penyimpanan sunting

Belum dimasak sunting

Pasta yang belum dimasak boleh dikategori kepada dua jenis:

Basah sunting

Jenis ini dbuat dengan telur, tepung pelbagai guna atau "00" tepung rendah gluten. Lebih lembut disebabkan penggunaan telur sebagai bahan ramuan. Hanya perlu suku atau separuh masa saja untuk dimasak. Pasta jenis ini bukan bertujuan untuk dipasarkan, kerana ia tidak tahan lama.

Pasta basah atau segar ini perlu dimasak segera atau disimpan dalam peti ais, atau dibiar 1 ke 2 minit, dihabukkan dengan tepung supaya ia tidak melekat. Biarkan kering selama 30 minit, dibungkus dan disejukkan sehingga 2 hari. Boleh dibekukan sehingga 2 minggu.[3]

Kering sunting

Pasta jenis ini mudah didapati dalam bungkusan-bungkusan di pasar raya. Telur tidak digunakan bertujuan untuk pemasaran yang mengambil tempoh yang lama. Dibuat dari tepung gandum semolina dan air, dijadikan pelbagai bentuk ke dalam acuan. Tidak seperti pasta basah, pasta jenis ini dikering dibawah suhu yang rendah untuk beberapa hari bertujuan kelembapan dapat disejat, maka ia dapat disimpan untuk tempoh yang lama.[4]

Sesuai dimakan bersama sos Ragù, sup dan kaserol, memandangkan ia tidak berubah bentuk bila dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Jangka hayat bagi pasta jenis ini boleh mencapai sehingga 1-2 tahun.[5]

Dimasak sunting

Pasta yang dimasak tanpa sos, boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Tanpa sos, ia boleh bertahan 6-7 hari di dalam simpanan peti ais. Sebelum disimpan didalam peti ais, ia perlu dibasuh dengan air sejuk, kemudian dicampur sedikit dengan minyak zaitun.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Ehrlich, Richard (6 May 2009). "Process of Elimination". The Guardian. Dicapai pada 7 July 2012.
  2. ^ McClatchey, Caroline (15 June 2011). "How pasta became the world's favourite food". BBC. Dicapai pada 23 March 2012.
  3. ^ All About Fresh Pasta
  4. ^ Dry Pasta vs Fresh Pasta: What the differences
  5. ^ http://www.eatbydate.com/grains/pasta-shelf-life-expiration-date/ How Long Does Pasta Last?]
  6. ^ Pasta Handling, Safety & Storage